Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

16) PENGGUNAAN GERAN SELANGORKU

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi penggunaan geran RM300 juta tersebut?

    Isu Infrastruktur jelas mendapat lebih perhatian memandangkan permintaan terhadapnya sentiasa tinggi di mana sebanyak RM32.8 juta dibelanjakan dari peruntukan sebanyak RM50 juta. Ini diikuti dengan Infrastruktur Sukan sebanyak RM5.6 juta dan seterusnya Pengukuhan Demokrasi sebanyak RM4 juta. Butiran adalah sepertimana jadual berikut:

    BIL                                         TAJUK GERAN                                     PERUNTUKAN       KOMITMEN               BAKI

    1 INFRASTRUKTUR 50,000,000.00 32,848,040.15 17,151,959.85
    2 INFRASTRUKTUR SUKAN 30,000,000.00 5,620,806.50 24,379,193.50
    3 PENGUKUHAN DEMOKRASI 5,000,000.00 4,086,972.02 913,027.98
    4 PEMERKASAAN WANITA 30,000,000.00 3,430,505.63 26,569,494.37
    5 SOKONGAN PENDIDIKAN 30,000,000.00 3,038,062.71 26,961,937.29
    6 PENERANGAN MAKLUMAT NEGERI 10,000,000.00 1,681,300.12 8,318,699.88
    7 KEUSAHAWANAN MUDA 30,000,000.00 1,507,757.20 28,492,242.80
    8 PROGRAM PEJABAT KE RAKYAT 20,000,000.00 1,230,085.00 18,769,915.00
    9 PROGRAM PENGUKUHAN BUDAYA 3,000,000.00 335,930.00 2,664,070.00
    10 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR 5,000,000.00 318,548.50 4,681,451.50
    11 PEMBASMIAN RASUAH & PENYELEWENGAN 15,000,000.00 250,000.00 14,750,000.00
    12 PROGRAM JANGKAAN KEHIDUPAN BANDAR 10,000,000.00 248,741.67 9,751,258.33
    13 PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 22,000,000.00 202,276.38 21,797,723.62
    14 PENINGKATAN KEHIDUPAN HIDUP RAKYAT 5,000,000.00 190,000.00 4,810,000.00
    15 PENGENALAN GAJI MINIMA 10,000,000.00 50,000.00 9,950,000.00
    16 DARI KEBAJIKAN KEPADA PEKERJA 20,000,000.00 0.00 20,000,000.00
    17 KEHIDUPAN BANDAR 5,000,000.00 0.00 5,000,000.00

    300,000,000.00     55,039,025.88      244,960,974.12

  2. Nyatakan projek, program dan kos yang telah dibelanjakan?

    Butiran program geran serta kos adalah sebagaimana jadual di atas. Manakala bagi program Infrastruktur pula, projek-projek yang dijalankan di PBT serta PTD terbabit adalah sepertimana jadual di bawah.

    Hampir 66.5% (atau 147 projek) dari keseluruhan 221 projek infrastruktur melibatkan kerja-kerja penurapan jalan, 19.9% (atau 44 projek) kerja-kerja menaiktaraf longkang dan 4% (atau 9 projek) untuk mengadakan lampu jalan.

     

    PECAHAN PROJEK INFRASTRUKTUR

    KATEGORI PROJEK Jumlah dan % JUMLAH KOS % Kos
    Bonggol Jalan 1 0.45% 91,320 0.28%
    Cat & Baiki Jalan 2 0.90% 85,630 0.26%
    Jalan Lorong 3 1.36% 304,854 0.93%
    Jalan Rizab 1 0.45% 143,575 0.44%
    Jambatan Motosikal 1 0.45% 118,539 0.36%
    Lampu Isyarat 2 0.90% 189,870 0.58%
    Lampu Jalan 9 4.07% 565,079 1.72%
    Lebar Jalan 2 0.90% 185,560 0.56%
    Mitigasi Banjir 1 0.45% 336,270 1.02%
    Naiktaraf Dewan Orangramai 2 0.90% 421,935 1.28%
    Naiktaraf Longkang 44 19.91% 5,488,204 16.71%
    Pembentung 1 0.45% 91,105 0.28%
    Rumah Sampah 1 0.45% 132,749 0.40%
    Tempat Letak Kereta 1 0.45% 58,180 0.18%
    Turap Jalan 147 66.52% 24,002,731 73.07%
    Jejantas 1 0.45% 435,660 1.33%
    Trek Joging 1 0.45% 146,780 0.45%
    Baikpulih “Railing” 1 0.45% 50,000 0.15%
    TOTAL 221 100.00% 32,848,040 100.00%
  3. Apakah impak dan manfaatnya kepada rakyat?

    Dengan adanya kemudahan infrastruktur yang lebih baik seperti kerja-kerja menaiktaraf jalan, longkang dan parit, pembinaan jambatan serta lampu jalan telah banyak membantu memberi kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat, menjadikan jalan raya lebih selamat kepada pengguna serta membantu mengatasi masalah-masalah banjir kilat yang kerap melanda disebabkan keadaan longkang dan parit yang tidak diselenggara.

    Dari sudut lain pula, penubuhan Pusat Komuniti Wanita (PKW) di setiap DUN, impak positif ekonomi dapat dirasai dalam memperkasa dan memperdaya golongan wanita dengan kemahiran-kemahiran seperti memasak, menjahit dan sebagainya. Program seperti Laman Dapur pula dapat menjana pendapatan tambahan kepada peserta melalui pengeluaran hasil pertanian.

Lampiran

Tiada Lampiran.