Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
15) PROGRAM MERAKYAT EKONOMI SELANGOR (MES)
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah pihak kerajaan negeri mengenal pasti dan mengambil langkah-langkah menambah baik perjalanan MES seperti syarat-syarat dan meliputi semua golongan?
Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) telah diperkenalkan sebagai satu usaha perkongsian hasil negeri bersama rakyat bersesuaian dengan agenda “Hasil Negeri Untuk Rakyat”. Namun demikian, ianya dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan agar “Hasil Negeri untuk Rakyat” dapat dipenuhi secara maksimum.
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mencuba mengenal pasti dan mengambil langkah-langkah pro aktif dalam menambah baik perjalanan MES termasuk syarat-syarat bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh semua golongan. Oleh itu, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memantau perlaksanaan setiap program dari masa ke semasa bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar melalui laporan yang dikemas kini dari masa ke semasa kepada Pihak Berkuasa Negeri. Di samping itu juga, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menerima dan mengambil kira segala cadangan atau apa jua teguran yang diterima bagi memastikan penambahbaikan dapat dijalankan.
-
Apakah langkah-langkah utama yang akan diambil oleh kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan promosi program MES di kalangan rakyat?
Bagi meningkatkan promosi program MES di kalangan rakyat, pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan segala maklumat mengenai program MES dapat disampaikan kepada rakyat di antaranya:
- Penyediaan maklumat di portal rasmi MES iaitu mes.selangor.gov.my;
- Penyediaan maklumat serta borang berkaitan di Pusat Khidmat DUN bagi urusan atau pertanyaan berkaitan program MES;
- Penerbitan risalah MES untuk edaran masyarakat;
- Pengedaran risalah Merakyatkan Ekonomi Selangor kepada 9 Daerah di Selangor;
- Promosi komprehensif ke atas program MES melalui billboard, broshur, laman web dan ruangan editor di media cetak arus perdana;
- Kaunter penerangan MES di Hari Bertemu Pelanggan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang diadakan 2 kali setahun;
- Kaunter penerangan MES di Majlis Sambutan Ulang Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor;