Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
13) PEMUTIHAN KILANG
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah kilang yang telah mohon dalam proses pemutihan, yang telah diluluskan dan kilang yang masih ingkar berbuat demikian sejak tahun 2008 sehingga akhir bulan April, 2013 mengikut jenis perniagaan, di kawasan DUN Teluk Datuk, Sijangkang dan Morib?
Berikut adalah laporan permohonan pemutihan kilang bagi kawasan DUN Teluk Datuk, Sijangkang dan Morib, Daerah Kuala Langat :
PERKARA JUMLAH Jumlah lot terlibat 209 lot Jumlah permohonan 63 permohonan Jumlah lulus 60 permohonan Jumlah telah bayar 51 permohonan Jumlah belum bayar 9 permohonan Jumlah premium tambahan telah bayar RM 6,972,761.50 Jumlah premium tambahan belum bayar RM 1,928,876.00 Jumlah Lot yang tidak membuat permohonan 146 lot