Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
369) DASAR KEWANGAN DAN BAJET
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perbezaan dasar kewangan pentadbiran Menteri Besar sekarang dan dahulu?
- Tiada perbezaan dasar kewangan bagi pentadbiran Menteri Besar sekarang dan dahulu. Pentadbiran Kerajaan Negeri digerakkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan sektor kewangan digerakkan oleh Pihak Berkuasa Kewangan Negeri.
-
Apakah prinsip yang signifikan dalam strategi bajet tahun 2015 berbanding tahun 2014?
- Bagi tahun 2015, Kerajaan Negeri akan memberi fokus kepada kemudahan infrastruktur, pembangunan Rumah Selangorku dan bantuan pendidikan.