Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
365) TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah terkini permohonan TAWAS?
Jumlah terkini permohonan TAWAS sehingga 19hb November 2014 ialah 178,195.
-
Nyatakan jumlah terkini permohonan TAWAS yang telah diluluskan dan jumlah mereka yang telah menerima hadiah tabung simpanan RM100?
Sehingga 19hb November 2014 pendaftaran ahli TAWAS yang layak dan perbelanjaan adalah seperti berikut :
Jumlah Ahli Lulus Jumlah Ahli Menerima Manfaat 154,017 137,899 -
Sudahkah ada plan perancangan pembayaran untuk peserta TAWAS apabila skim ini matang kelak?
- YAWAS telah difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan satu tabung dana khas dengan diperuntukkan sejumlah wang yang akan diuruskan sepenuhnya oleh Perbendaharaan Negeri
(N01 Sungai Air Tawar) TAJUK : PROGRAM SENTUHAN ANJING