Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
364) PASAR AWAM SUNGAI BESAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kadar sewa yang dikenakan kepada setiap peniaga?
- Kadar sewa yang dikenakan kepada peniaga seperti berikut:-
BIL PREMIS JENIS PERNIAGAAN KADAR SEWA 1 Pasar Awam Ikan Masin Ikan Runcit Runcit Sayur Daging Ayam Siap Proses Dingin Beku
RM70.00 RM70.00 RM120.00 RM60.00 RM60.00 RM60.00 RM100.00 2 Pusat Penjaja Tepi Pasar Awam Makanan RM40.00 3 Gerai Ikan Borong, Pasar Awam Hasil Laut RM200.00 -
Nyatakan kos penyelenggaraan setahun, kekerapan penyelenggaraan setiap 3 bulan dan pihak yang bertanggungjawab menjaga operasi perniagaan di pasar awam ini?
Penyelenggaraan pasar dilaksanakan bergantung kepada aduan yang diterima seperti kerosakan pagar pasar, tandas dan lain-lain. Kerja-kerja pembersihan pasar dilaksanakan oleh Bahagian Kawal Selia MDSB. Kerja-kerja penyelenggaraan pula dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan dan penyelenggaraan MDSB.
-
Apakah bentuk bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri kepada setiap peniaga di sini?
- Buat masa ini tiada bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri kepada setiap peniaga disini. Namun begitu, pihak MDSB ingin memohon agar Kerajaan Negeri dapat menyalurkan bantuan kewangan untuk kerja-kerja pembaikan lantai dan mengecat bangunan Pasar Awam Sungai Besar