Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
355) KAWASAN RUMAH TERBIAR DAN TIDAK BERPENGHUNI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Puncak Alam dan Saujana Utama pesat pembangunannya ketika ini. Apakah bentuk tindakan yang boleh diambil oleh PBT bagi menangani kawasan rumahrumah yang terbiar, semak samun dan tidak berpenghuni?
Pihak Majlis telah mengeluarkan surat berbentuk Notis Lot Semak untuk rumah- rumah terbiar.
Pihak Majlis akan memberi tempoh kepada pemilik untuk menyelesaikan semak samun tersebut atau pihak Majlis yang membersihkan kawasan tersebut dengan mengenakan caj pembersihan kepada pemilik
-
Apakah tindakan yang sudah diambil ke atas rumah-rumah terbiar?
- Pihak Majlis telah mengeluarkan surat berbentuk Notis Lot Semak atau Notis Pembersihan Awam untuk rumah-rumah terbiar.
– Pihak Majlis akan memberikan tempoh kepada pemilik untuk menyelesaikan semak samun tersebut dengan mengenakan caj pembersihan kepada pemilik.