Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
353) BAJET UNTUK BELIA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah Bajet yang diperuntukkan untuk Belia bagi tahun 2015?
Tahun 2015, Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan atau nama baru Pembangunan Generasi Muda dan Sukan diperuntukkan sebanyak RM3.42 juta bagi program-program yang telah dirancang di bawah Projek Pembangunan Belia.
-
Adakah Bajet Tahun 2014 untuk Belia telah dibelanjakan sepertimana yang dirancang?
Pada tahun 2014, sebanyak RM3.5 juta telah diperuntukkan untuk Pembangunan Generasi Muda di mana peruntukan tersebut telah dibelanjakan mengikut perancangan yang telah dirancang. Sebanyak RM2.8 juta telah diperuntukkan untuk Penggerak Belia Tempatan (PeBT) bagi peruntukan elaun & program PeBT. Seterusnya, peruntukan sebanyak RM700,000.00 telah digunakan untuk menjalankan program-program di peringkat negeri. Di antara program-program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
- Program Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Selangor;
- Program Perkahwinan Perdana Belia Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
- Program Jelajah Walkathon BES Negeri Selangor; dan
- Hari Sukan Peringkat Negeri
-
Berapakah jumlah perbelanjaan telah digunakan untuk DUN Teratai untuk aspek Belia setakat Oktober 2014?
- Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta daripada keseluruhan peruntukan Pembangunan Generasi Muda bagi peruntukan elaun & program Penggerak Belia Tempatan (PeBT). Sehubungan itu, setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diberikan sebanyak RM120,000.00 setahun bagi menjalankan program-program belia dengan kerjasama PeBT masing- masing.