Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

351) KENDERAAN TERBIAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kenderaan terbiar yang telah disita oleh MPSJ?

    Jumlah kenderaan buruk / terbiar yang telah disita oleh MPSJ pada tahun 2014 berjumlah 328 dan pada tahun 2013 berjumlah 206. Jumlah keseluruhan kenderaan buruk / terbiar yang telah disita oleh MPSJ adalah sebanyak 534.

  2. Apakah kaedah pelupusan terhadap kenderaan-kenderaan terbiar tersebut?

    1. Kaedah pelupusan kenderaan buruk / terbiar dijalankan melalui proses sebut harga.
  3. Apakah kesulitan PBT dalam menyelesaikan masalah kenderaan terbiar dan rancangan jangka panjang terhadap masalah ini?

    Terdapat beberapa kesulitan dalam menyelesaikan masalah ini:-

    • Aduan kenderaan buruk yang terlalu banyak setiap
    • Tempat penyimpanan kenderaan buruk yang sangat
    • Kenderaan buruk / terbiar tidak dituntut walaupun sudah dimaklumkan melalui surat pos kepada pemilik
    • Kenderaan yang bersabit dengan kes polis seperti kereta

    Rancangan jangka panjang terhadap masalah ini seperti:-

    • Meletakkan syarat kepada pemilik bengkel-bengkel kereta supaya tidak meletakkan kenderaan terbiar di tempat letak
    • Tindakan undang-undang dan pendakwaan kepada pemilik kereta terbiar di tempat awam.
    • Kajian dasar pelesenan ke atas bengkel-bengkel kenderaan yang menjalankan aktiviti tuntutan insuran

     

Lampiran

Tiada Lampiran.