Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

344) PORTFOLIO BELIA DAN SUKAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar portfolio Belia dan Sukan kini?

    Dasar Pembangunan Generasi Muda dan Sukan kini memberi penumpuan yang jelas kepada membangunkan potensi supaya wujudnya penglibatan belia yang aktif di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri juga telah merangka Dasar Pembangunan Generasi Muda Selangor yang meliputi 10 bidang keutamaan yang lengkap dengan strategi dan pelan tindakan. Bidang keutamaan tersebut adalah sebagaimana berikut :-

     

    • Pendidikan dan Latihan Kemahiran;
    • Keusahawanan dan Pekerjaan;
    • Kepimpinan dan Organisasi;
    • Teknologi Maklumat dan Komunikasi;
    • Kemasyarakatan, Jaringan dan Kesukarelawanan;
    • Kebudayaan dan Kesenian;
    • Kesejahteraan dan Kesihatan;
    • Sukan dan Kecergasan;
    1. Agama dan Spiritualiti ; dan

     

    Manakala Dasar Sukan pula, Kerajaan Negeri akan mengfokuskan kepada pembinaan bakat-bakat baru terutama sekali dalam acara-acara sukan yang penting misalnya acara sukan yang diiktiraf Olimpik. Dalam masa yang sama juga, Kerajaan Negeri akan mewujudkan program sukan di peringkat akar umbi agar rakyat Negeri Selangor dapat membudayakan gaya hidup yang sihat di dalam kehidupan mereka.

     

  2. Apakah ada sebarang perubahan berbanding pentadbiran lalu?

    1. Pewujudan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) adalah bermula pada tahun 2008 sejak Pakatan Rakyat mengambilalih Negeri Selangor daripada Kerajaan Barisan Nasional. Belia di Selangor pada mulanya diurus oleh Jawatankuasa Kerja Belia (JKB). Pada tahun 2008, Sekretariat Belia mengambilalih urusan pemerkasaan belia-belia di Selangor. Bermula pada tarikh 1 Julai 2011, Bahagian Pembangunan Belia diwujudkan bagi menggantikan Sekretariat Belia dan ditempatkan di bawah urus tadbir Majlis Sukan Negeri Selangor dengan cogan kata “Gen-S” yang bermaksud Generasi Selangor. Pada tahun 2008 juga telah ditubuhkan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) bagi menjadi ejen perubahan kepada golongan belia serta bertindak sebagai jentera pelaksana Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia di peringkat akar

    Pada tahun 2013, satu Dasar Belia Selangor dibentuk melalui Kajian dan Penyelidikan dengan kerjasama Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mengorak langkah proaktif untuk merangka dasar yang menjadi manual dan rujukan pembangunan belia kepada pemegang tokoh berkepentingan dalam bidang belia di Selangor. Melalui “re-branding”, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda akan mempergiat dan membangunkan generasi muda dengan lebih proaktif.

  3. Bagaimanakah dasar ini dapat memacu pembangunan Belia dan Sukan negeri?

    1. Dasar Pembangunan Generasi Muda dan Sukan yang menyeluruh ini dapat dikembangkan dan disesuaikan dengan perkembangan terkini. Strategi dan pelan tindakan yang fleksibel memberi ruang kepada Kerajaan Negeri mencari pendekatan yang canggih sesuai dengan maklumat dan data-data terkini. Pengembangan keupayaan ini juga bermaksud Kerajaan Negeri akan menumpukan perhatian juga kepada kumpulan sasaran yang terdiri daripada belia minoriti, belia berisiko dan juga belia berpendapatan rendah.

    Pembangunan Sukan yang berstrategi dengan penumpuan terhadap pengembangan bakat, pemantapan kejurulatihan dan prasarana dapat membangunkan bidang sukan di Negeri Selangor. Dasar Sukan yang bermula dari peringkat akar umbi dan pembudayaan gaya hidup sihat dapat melahirkan ahli sukan yang berwibawa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.