Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
337) PUSAT DIALISIS RAKYAT (PDR)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pihak manakah yang bertanggungjawab dalam memastikan PDR beroperasi menurut piawaian?
Pusat Dialisis Rakyat (PDR) telah beroperasi di bawah sebuah entiti iaitu Gedung Penawar Sdn Bhd. Matlamat utama sewaktu penubuhan PDR ini adalah untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor seterusnya menyediakan pusat perkhidmatan dialisis yang terbaik.
Sehubungan itu, pihak Gedung Penawar Sdn Bhd adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan semua Pusat Dialisis Rakyat beroperasi mengikut standard piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
-
Apakah piawaian-piawaian kebersihan, mesra alam sekitar dan keselamatan yang digunakan dalam operasi PDR?
Antara standard piawaian yang di amalkan oleh operasi PDR adalah seperti berikut:-
- Infrastuktur dan pelan bangunan Pusat Dialisis Rakyat perlu mengikut keperluan standard Kementerian Kesihatan Malaysia;
- Mesin hemodialisis di Pusat Dialisis Rakyat perlu mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia;
- Kakitangan dan staff nurse perlu mendapat latihan kejururawatan dan berpengalaman dalam bidang dialisis;
- Doktor yang bertugas perlu mempunyai pengalaman dan latihan di dalam bidang dialisis;
- Meletakkan seorang pakar buah pinggang nefrologi yang akan melawat Pusat Dialisis Rakyat secara berkala bagi merawat
-
Berapakah perbelanjaan dan pendapatan dari kelima-lima PDR yang beroperasi di Selangor?
Perbelanjaan bagi Pusat Dialisis Rakyat yang beroperasi di Selangor adalah RM 1,237,638.84 manakala pendapatan bagi Pusat Dialisis Rakyat adalah RM 1,207,399.00 Butiran lengkap adalah seperti di dalam Jadual 1:-
PUSAT DIALISIS PERBELANJAAN (RM) PENDAPATAN (RM) Ampang 391,887.00 454,645.00 Taman Medan 283,744.40 238,257.00 Sementa 306,495.64 253,220.00 Lembah Keramat 255,511.80 261,277.00 JUMLAH 1,237,638.84 1,207,399.00