Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
330) TANAH CANAL CITY
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah tender terbuka diadakan apabila kerajaan negeri menjual tanah Canal City yang seluas 1,172 ekar untuk RM1.3 bilion? Jika tidak, mengapa?
Ya, tender terbuka telah dilaksanakan melalui ‘Request For Proposal’ bagi cadangan untuk memaju dan membangunkan kawasan tersebut.
-
Adakah "power of attorney" telah diberi kepada pembeli tanah? Jika ya, mengapa?
Ya, “Power of Attorney” diberikan kepada Sapphire Index Sdn. Bhd. bagi membolehkan segala perancangan dan cadangan pelaksanaan pembangunan dapat dijalankan dengan teratur. Walaupun “Power of Attorney” diberi adalah “Power of Attorney” yang terhad (Limited PA). “Consent Transfer” dipegang oleh PNSB.
-
Sila nyatakan perkembangan baru penjualan tanah ini.
- Kelulusan permohonan Kebenaran Merancang telah diperolehi daripada Pihak Berkuasa Tempatan pada 21 Januari
- Satu perjanjian jual beli tanah seluas 308.72 ekar pada harga keseluruhan RM 470,674,512.00 di antara Sapphire Index Sdn Bhd. Dengan Prominent Stream Group Berhad (anak syarikat Eco World Development Group Berhad) telah dimeterai pada 19 Mac
- Satu “Supplementary Agreement” di antara MBI, PNSB dan Sapphire Index Sdn Bhd. Telah dimeterai pada 7 Ogos
- Permohonan penyerahanbalik dan pemberimilikan semula tanah di bawah Seksyen 204B, Kanun Tanah Negara telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 10 September