Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
324) BOMBA SUKARELA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan perancangan Kerajaan untuk membantu pertubuhan Bomba Sukarela yang sering bertungkus lumus membantu masyarakat tempatan
Untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat, penubuhan Pasukan Bomba Sukarela adalah di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima peruntukan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan khusus bagi menyalurkan peruntukan khas kepada Pasukan Bomba Sukarela. Walau bagaimanapun di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan melalui Pelan Tindakan 5 Tahun telah menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di semua PBT bagi tujuan sebagai pasukan tindak/gerak balas dalam memberikan pertolongan cemas awal kepada orang awam. Skuad PANTAS PBT Selangor juga berperanan sebagai pusat informasi bencana dalam menerima, merekod dan menyelaras aduan kritikal perkhidmatan PBT serta aduan kecemasan dan bencana seperti jalan kerosakkan jalan, tanah mendap, runtuhan, kebakaran dan lain-
-
Adakah Kerajaan bersedia membekalkan tapak kepada Bomba Sukarela untuk dijadikan tempat meletak kenderaan dan peralatan?
Buat masa ini, kerajaan negeri belum merancang untuk menyediakan tapak khusus kepada pasukan Bomba Sukarela. Walau bagaimanapun kerajaan negeri sedia untuk mengkaji dan mengenalpasti keperluan tersebut.