Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

320) MENAIK TARAF SISTEM PERPARITAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan setahun bagi menaik taraf sistem perparitan di Selangor dari tahun 2013 hingga 2014?

    1. Berikut di bawah adalah senarai peruntukan tahunan bagi menaik taraf sistem perparitan di Selangor dari tahun 2013 hingga 2014 :

     

    Peruntukan Tahun 2013
    Peruntukan yang Diluluskan RM 5,350,260.00
    Peruntukan Tambahan RM 4,070,030.00
    Jumlah Peruntukan Tahun 2013 RM 9,420,290.00
     
    Peruntukan Tahun 2014
    Peruntukan yang Diluluskan RM 7,508,690.00
    Peruntukan Tambahan RM 8,354,326.00
    Jumlah Peruntukan Tahun 2014 RM 15,863,016.00
     

    Jumlah Keseluruhan Peruntukan 2013-2014

     

    RM 25,283,306.00

  2. Apakah usaha kerajaan negeri untuk mengatasi masalah sistem perparitan yang kerap tersumbat hingga berlakunya banjir kilat apabila hujan?

    Dalam menghadapi masalah banjir yang terjadi sama ada secara semulajadi atau akibat pembangunan yang tidak terancang, maka program tebatan banjir telah dirancang dan dilaksanakan dengan lebih pantas. Bagi mempercepatkan pencapaian sasaran untuk mengurangkan kawasan yang berekonomi sering dilanda banjir khususnya di dalam Dun Semenyih, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah mengambil langkah-langkah pencegahan dengan mengadakan program-program tebatan banjir bagi cadangan jangka panjang melalui kajian pencegahan banjir yang merangkumi:

    • Pembinaan kolam takungan,

     

    • Menaiktaraf parit tanah ke longkang konkrit mengikut saiz dan jenis yang sesuai di tapak.
    • Proses pengambilan balik tanah turut akan
    • Pembinaan perangkap sampah secara ‘Offline’ akan dijalankan bagi menggantikan perangkap sampah

     

    Manakala untuk cadangan jangka pendek :

     

    • Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan ke atas parit-parit yang berada di dalam kawasan berisiko
    • Kerja-kerja penyelenggaraan parit dijalankan mengikut kepada penjadualan pengorekkan iaitu dalam tempoh paling kurang setahun sekali mengikut keadaan semasa di
    • Pemantauan dan pemeriksaan ke atas parit-parit di dalam kawasan Pekan Banting secara lebih
    • Pembersihan perangkap sampah secara berkala

     

Lampiran

Tiada Lampiran.