Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

317) KAJIAN ADAT-ADAT MELAYU

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri melakukan kajian terhadap adat-adat Melayu Selangor?

    Kerajaan negeri ada melakukan kajian adat-adat Melayu Selangor seperti berikut:

    • Penyelidikan pantang larang masyaratkat di Selangor;
    • Penyelidikan tatacara adat istiadat perkahwinan Melayu Selangor dan sejarah/masyarakat etnik Melayu serumpun;
    • Seminar adat dan adap pemangkin jati diri pusaka
  2. Apakah sumbangan adat-adat Melayu selama ini kepada pembangunan negeri?

    1. Adat merupakan peraturan yang sudah diamalkan turun temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hukum yang harus dipatuhi. Perkataan adat berasal daripada bahasa Arab bermaksud kebiasaan. (Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Jilid 1 m/s 83, 1999). Adat kelahiran, adat kematian, adat mengaruk (mengalu alukan pemimpin), adat perkahwinan dan adat perayaan merupakan amalan yang sudah menjadi kebiasaan bagi orang Melayu. Umumnya segala perlakuan dan tindak-tanduk diliputi oleh undang-undang adat. Tujuan diadakan undang-undang adat ini adalah untuk kesejahteraan masyarakat. (Wan Ramli Wan Mohammad, 2000). Dengan adanya kefahaman serta kejelasan mengenai adat-adat Melayu, agenda pembangunan negeri lebih tersusun dan terarah dalam konteks memelihara keharmoniaan dan sensitiviti masyarakat khususnya di negeri Selangor. Hasil penyelidikan berkaitan adat-adat Melayu akan dijadikan bahan penerbitan bagi rujukan para pengkaji, para pelajar dan masyarakat umum seterusnya dihebahkan dan dipertontonkan melalui pameran yang akan dianjurkan di PADAT secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat negeri Selangor yang berilmu pengetahuan setanding dengan negeri maju yang

     

    Jawapan tambahan:

     

    BIL PERKARA SUMBANGAN
     

    1.

    Penyelidikan Seni Telepuk 1.   Meningkatkan peranan PADAT dalam aspek mendokumentasi, menyebarluaskan, memperkasakan dan membertabatkan adat, senibudaya dan warisan negeri Selangor kepada orang ramai termasuk di persada antarabangsa.

     

    2.   Meningkatkan fungsi dan peranan PADAT dalam aspek memperkasa dan memartabatkan adat, senibudaya sejarah dan warisan negeri Selangor menerusi hasil-hasil penyelidikan, penerbitan dan percetakan untuk rujukan semua peringkat golongan masyarakat.

     

    3.   Sumbangan kepada ekonomi Negeri Selangor dalam merancakkan perusahaan IKS melalui produk- produk kesenian dan warisan.

     

    2.

     

    Penyelidikan Kebaya Selangor

     

    3.

     

    Penyelidikan Seni Kelingkan

     

    4.

     

    Penyelidikan permainan Wau Kapal

     

    5.

     

    Penyelidikan Pantang larang Masyarakat Selangor

     

    6.

    Penyelidikan Adat Istiadat Perkahwinan Melayu Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.