Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
313) MASALAH PERPARITAN GUNASAMA DI LOT-LOT PERSENDIRIAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan peruntukan khas setiap tahun bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di dalam lot-lot persendirian?
Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mewujudkan peruntukan khas setiap tahun bagi menyelesaikan masalah banjir di dalam lot persendirian kerana longkang konkrit di dalam lot persendirian adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.
-
Adakah terdapat kawal selia sistem perparitan guna sama di lot-lot persendirian?
Dari semakan dan pemantauan sistem perparitan di lot-lot persendirian, hanya parit utama sahaja yang dikawalselia dan bagi sistem perparitan yang terdapat di lot-lot persendirian ianya adalah di bawah tanggungjawab pemilik-pemilik lot terbabit, namun demikian pihak jabatan sentiasa akan memberi khidmat nasihat kepada pemilik-pemilik lot persendirian tentang keperluan rekabentuk sistem perparitan mengikut garis panduan yang dibenarkan.
-
Adakah cadangan untuk pengambilalihan tanah di sepanjang jajaran longkang guna sama di lot-lot persendirian?
Cadangan untuk pengambilan tanah di sepanjang jajaran longkang gunasama di lot-lot persendirian perlu di mana ianya akan mewujudkan sistem saliran yang lebih teratur dan bersesuaian mengikut keperluan dan rekabentuk rezab parit bagi memudahkan Kerajaan menaiktaraf kemudahan infrastruktur di masa depan.