Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

305) PUSAT DIALISIS RAKYAT (PDR)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan PDR yang baharu dilancarkan pada tahun 2014?

    Bagi tahun 2014, Kerajaan Negeri melalui Gedung Penawar Sdn Bhd telah merancang untuk menubuhkan sebuah Pusat Dialisis Rakyat yang bertempat di Sri Muda. Pada perancangan awal, Pusat Dialisis Rakyat ini akan dilancarkan pada bulan Jun 2014, namun disebabkan perolehan lesen yang terlalu ketat dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyebabkan pelancaran Pusat Dialisis Rakyat baru pada tahun ini tidak dapat dilaksanakan.

  2. Berapakah imbuhan yang diberikan kepada syarikat perunding perubatan yang membantu kerajaan negeri dalam pelaksanaan PDR ?

    1. Kerajaan Negeri telah mewujudkan kerjasama strategik dengan pihak swasta bagi melaksanakan Pusat Dialisis Rakyat. Pusat Dialisis Rakyat ini telah beroperasi di bawah sebuah entiti iaitu Gedung Penawar Sdn Bhd dengan seluruh kos penubuhan dan pengoperasian ditanggung sendiri oleh entiti tersebut. Tiada sebarang imbuhan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Gedung Penawar Sdn Bhd. Namun di atas keprihatinan dan jasa baik, pihak Gedung Penawar Sdn Bhd masih berminat untuk menggunakan nama “Pusat Dialisis Rakyat” sebagai nama pusat dialisis.
  3. Nyatakan perbelanjaan yang telah dikeluarkan kerajaan negeri sepanjang perlaksanaan PDR?

    1. Kerajaan Negeri tidak menanggung sebarang kos atau perbelanjaan bagi pelaksanaan PDR.

Lampiran

Tiada Lampiran.