Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

303) BAZAR DARUL EHSAN, KANCHONG, KUALA LANGAT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status dan perkembangan penggunaan bazar Darul Ehsan di Kanchong Kuala Langat?

    Kerja-kerja tambahan Bazar Darul Ehsan di Kanchong Darat, Daerah Kuala Langat telah siap dilaksanakan dan sedia untuk dilengkapkan dengan peralatan-peralatan perniagaan di dalamnya. Perolehan bagi peralatan tersebut akan diuruskan oleh pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bersama-sama Pejabat Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi.

  2. Berapakah jumlah kos dibelanjakan untuk naik taraf bangunan tersebut?

    Kos yang dibelanjakan untuk kerja naik taraf bangunan tersebut adalah sebanyak RM106, 00.

  3. Apakah Barang yang akan di jual di bangunan ini?

    1. Konsep Bazar Darul Ehsan adalah merupakan tempat penjualan produk-produk berasaskan hasil pertanian dan ternakan yang akan dikelolakan oleh pengusaha IKS yang telah dilantik oleh Kerajaan

     

    Pada peringkat awal sebanyak 4 pengusaha utama dipilih untuk memasarkan produk-produk IKS seperti kerepek, hasil perikanan, hasil ternakan dan perkhidmatan daripada Pusat Wanita Berdaya (PWB) Daerah Kuala Langat.

     

    Dalam masa yang sama, perancangan bagi menempatkan usahawan-usahawan belia di Daerah Kuala Langat akan dilaksanakan secara berperingkat di tempat yang sama.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.