Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

302) IKRAR PERLANTIKAN EXCO

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah isi kandungan ikrar barisan EXCO ketika menerima watikah pelantikan?

    Isi kandungan ikrar barisan EXCO ketika menerima watikah pelantikan adalah seperti berikut:

    AKU JANJI Y.B. AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (AMMKN)

    1. Memelihara dan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara;

     

    AMMKN Beragama Islam

     

    Memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai agama Negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat oleh mana- mana pihak lain. Pada masa yang sama menghormati hak agama lain diamalkan oleh orang bukan beragama Islam;

     

    AMMKN Bukan Islam

     

    Menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Negeri dan juga kepercayaan orang beragama Islam serta memelihara hak agama lain diamalkan oleh orang bukan beragama Islam;

     

    1. Memelihara kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya dari dicemari dan dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak;

     

    1. Mematuhi segala arahan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh DYMM Sultan Selangor dari semasa ke semasa termasuk adab dan tatatertib semasa berada di Istana dan ketika istiadat rasmi Istana dilangsungkan;

     

    1. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pada masa yang sama kepentingan sah kaum lain sepertimana yang termaktub dalam

     

    Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959;

     

    1. Melaksanakan tugas dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas;

     

    1. Mendahulukan rakyat selagimana ianya tidak menjejaskan kepentingan, kestabilan, kemakmuran dan keselamatan Negeri;

     

    1. Memastikan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan Negeri di tahap yang tertinggi dan memelihara hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan dan juga dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan;

     

    1. Memelihara jawatan yang dipegang dari dicemari dengan pelakuan-pelakuan yang menyalahi undang-undang; dan

     

    1. Memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah, tolak ansur dan kerjasama antara kaum, demi menjamin kestabilan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Negeri
  2. Bagaimanakah barisan EXCO menterjemahkan ikrar tersebut dalam bentuk dasar dan tindakan?

    1. Penterjemahan ikrar taat setia ini dilaksanakan melalui pendekatan permuafakatan dan persepakatan antara anggota-angota Pentadbiran dan penjawat-penjawat awam. Kajian-kajian, penelitian dan amalan-amalan terbaik daripada organisasi- organisasi lain merupakan rujukan dalam formulasi ke arah perancangan perekayasaan dasar dan tindakan Kerajaan Negeri. Setiap program dan projek yang dilaksanakan lahir berdasarkan keperluan rakyat daripada pelbagai peringkat akar umbi di samping ianya selaras dengan kemampuan kewangan, pengalaman dan kepakaran pegawai Pentadbiran Kerajaan

     

    Barisan EXCO Kerajaan Negeri Selangor serta ketua-ketua jabatan peringkat negeri dan daerah termasuk seluruh penjawat awam giat berusaha meneruskan dan menambahbaik agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor” atau ringkasnya MES. Melalui MES, Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai program dan projek dengan membangunkan pelbagai sumber supaya rakyat semua kaum tanpa mengira perbezaan agama mahupun fahaman politik dapat sama-sama menikmati impak hasil kekayaan selari dengan pertumbuhan pesat ekonomi negeri. Agenda MES sememangnya dirancang dan dilaksanakan supaya ia benar-benar memberi manfaat yang maksimum kepada rakyat Selangor.

     

    Objektif utama dalam pentadbiran Kerajaan Negeri adalah memastikan Selangor menjadi negeri idaman dengan kemajuan dikekalkan dan kebajikan rakyat diutamakan. Di samping itu, kualiti hidup rakyat dipertingkatkan seterusnya merakyatkan ekonomi untuk menikmati hidup yang lebih sejahtera. Kejayaan Negeri Selangor maju diterjemahkan dengan erti kata sebenar agar rakyat menerima limpahan kekayaan Negeri Selangor yang melimpah ruah, mewujudkan keseimbangan hidup dalam semua aspek pembangunan fizikal dan spiritual ke arah mengekalkan status negeri maju dan terus disegani.

Lampiran

Tiada Lampiran.