Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

281) OKTOBERFEST

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian portfolio Hal Ehwal Islam terhadap program Oktoberfest ?

    Dasar portfolio Hal Ehwal Islam di bawah pentadbiran baru ialah seperti berikut;

     

    • Meneruskan dasar-dasar hal ehwal Islam sedia ada yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),
    • Meneruskan dasar-dasar yang berhubung kait dengan hal ehwal Islam yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, dan;
    • Meningkatkan kerjasama MAIS dan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan dasar- dasar hal ehwal Islam dan yang berhubung kait
  2. Sejauh manakah respons masyarakat Islam Selangor terhadap program ini ?

    Kerajaan Negeri memainkan peranannya dengan memastikan perkara-perkara berhubung hal ehwal Islam dijaga dan dilaksanakan dengan baik. Ini termasuk penyediaan infrastruktur, pelaksanaan program keagamaan dan penguatkuasaan undang-undang Syariah yang berkuatkuasa.

     

  3. Siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam mengawal dan meluluskan program tersebut ?

    Sama seperti di SUB (b)

Lampiran

Tiada Lampiran.