Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
277) RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah rumah kos rendah yang telah dirancang tetapi tidak dibina oleh pemaju
Berdasarkan inventori maklumat yang diperolehi daripada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor keseluruhannya terdapat lebih 48,645 unit rumah kos rendah yang telah diluluskan Pelan Kebenaran Merancang oleh PBT tetapi masih belum dibina oleh pemaju sejak tahun 1990- an sehingga kini.
-
Apakah tindakan yang akan diambil bagi "pemaju-pemaju ingkar" ini.
- Bagi mengatasi permasalahan tersebut, LPHS telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan satu jawatankuasa ‘task force’ yang dikenali sebagai Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Rumah Kos Rendah / Rumah Kos Sederhana Rendah / Rumah Kos Sederhana yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 35 / 2013 bertarikh 13 November 2013. Keahlian Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
Pengerusi : Pengarah Eksekutif LPHS
Ahli –Ahli : 1) Wakil Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS)
- Wakil Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD)
- Wakil Pejabat EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar
- Wakil Pejabat Daerah dan Tanah berkaitan
6) Wakil Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan Urusetia : Bahagian Pembangunan LPHS
Selain bertindak sebagai Jawatankuasa Pemantauan, ia juga bertindak sebagai ‘one stop agency’ bagi membantu pemaju dalam menyelesaikan isu-isu berkenaan pembangunan rumah harga kawalan, pemudahcara kepada permohonan kelulusan di peringkat PBT dan memberi syor untuk meminda kepada syarat Rumah Selangorku (bagi pemaju yang masih belum membangunkan rumah-rumah harga kawalan).
Bagi memastikan pemaju-pemaju membina Rumah-Rumah Selangorku termasuk Rumah Selangorku Jenis A (Rumah Kos Rendah) sebagaimana yang telah ditetapkan, LPHS telah menetapkan kaedah kawalan seperti berikut:
- Rumah Selangorku perlu dibina terlebih dahulu atau bersekali dengan pembangunan jenis lain dan PBT tidak dibenarkan meluluskan Kebenaran Merancang (KM) bagi fasa lain / kos bebas selagi sekurang-kurangnya sebahagian daripada Rumah Selangorku tidak
- Pembinaan Rumah Selangorku diletakkan di Fasa Awal Pembangunan
- Memasukkan syarat nyata tanah sebagai ‘Rumah Selangorku’ di dalam suratan hak milik
- Pemaju disyaratkan untuk membina Rumah Selangorku dalam tempoh 2 tahun dari tarikh kelulusan MMKN dan Kebenaran Merancang oleh PBT dan sekiranya pemaju gagal memulakan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh 2 tahun daripada kelulusan tersebut ianya akan tarik
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan diarahkan oleh Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan arahan “Stop Work Order” kepada pembangunan fasa lain / kos bebas sekiranya pemaju gagal menyiapkan pembinaan rumah kos
- Sekiranya langkah-langkah pencegahan yang telah diambil ini masih tidak dihiraukan oleh pemaju-pemaju, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk menyenaraihitamkan syarikat termasuk juga ahli-ahli lembaga pengarahnya daripada membangunkan sebarang pembangunan hartanah di seluruh Negeri
-
Apakah yang menyebabkan kelewatan pembinaan rumah kos rendah ini berlaku.
Berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat, antara faktor menyebabkan kelewatan pembinaan rumah kos rendah oleh pemaju adalah disebabkan perkara seperti berikut :-
- Pemaju lebih mengejar keuntungan dengan membina rumah harga bebas terlebih dahulu berbanding dengan membina rumah kos rendah di fasa awal
- Kos pembangunan yang tinggi berbanding dengan pulangan yang bakal diperolehi adalah lebih rendah memandang rumah-rumah kos rendah merupakan harga
- Peletakan lokasi rumah-rumah kos rendah di kawasan yang jauh dari kemudahan awam dan infrastruktur serta peletakan kurang sesuai sehingga menyebabkan ianya memerlukan kos yang tinggi untuk dibangunkan.
- Kurangnya penekanan dan pemantauan daripada Pihak Berkuasa selepas kelulusan Pelan Kebenaran Merancang
- Kenaikan kos bahan binaan dan kos tenaga mahir