Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
273) KEROSAKAN RUMAH-RUMAH DALAM KAWASAN PERUMAHAN BERNAM PURCHASE BAGI PENEMPATAN ORANG ASAL DI SEBAHAGIAN LOT PROJEK TEBATAN BANJIR MUKIM TANJONG DUA BELAS DAERAH KUALA LANGAT OLEH B – LEE ARCHITECT DAN TETUAN CANAL CITY CONSTRUCTION SDN BHD
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri untuk membantu kumpulan orang asal tinggal di situ?
Pemaju iaitu Tetuan Canal City Construction Sdn. Bhd. (CCCSB) sedang melaksanakan kerja-kerja membaikpulih kerosakan rumah-rumah terlibat. Kerajaan Negeri melalui Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) akan memastikan pemaju akan bertanggungjawab menyelenggara dan membaikpulih rumah-rumah yang terlibat.
-
Apakah tindakan undang2 dan penguatkuasaan boleh diambil terhadap pemaju perumahan dan pihak2 terlibat?
Tindakan undang-undang boleh dilaksanakan kepada pemaju sekiranya pemaju enggan bertanggungjawab untuk menyelenggara dan membaikpulih rumah- rumah yang rosak.
-
Mengapakah sijil menduduki belum diluluskan oleh PBT?
Sijil Layak Menduduki bangunan hanya akan dikeluarkan oleh PBT selepas status tanah diselesaikan. Kerajaan Negeri dalam proses mewartakan tanah tersebut di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sebagai kawasan awam untuk penempatan Orang Asli.