Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
268) KEMUDAHAN NURSERI DAN TADIKA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan kerajaan bagi memenuhi janji manifesto bahawa SEMUA bangunan negeri akan disediakan dengan kemudahan nurseri dan tadika dalam tempoh 5 tahun?
Kerajaan Negeri sedang melakukan kajian dan penyelidikan untuk melaksanakan hasrat tersebut.
-
Berapakah bangunan negeri yang sudah disediakan dengan kemudahan tersebut setakat ini? Berapakah peratusan secara keseluruhannya?
Setakat ini dianggarkan 15 daripada 42 bangunan kerajaan menyediakan kemudahan tadika dan taska. Oleh itu, peratus keseluruhan adalah sebanyak 36%.