Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
257) JENAYAH RAGUT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Statistik jenayah ragut di Selangor: penjenayah mengikut kaum dan kumpulan (remaja & dewasa) bagi 3 tahun yang lepas
Statistik kes jenayah ragut yang berlaku di Negeri Selangor bagi tempoh 3 tahun kajian iaitu tahun 2011, 2012, 2013 dan tempoh bagi bulan Januari hingga Oktober 2014 adalah seperti berikut:
Tahun 2011 2012 2013 2014 (Jan – Okt) Jumlah Jumlah Kes ragut 799 726 984 760 3,269 - Statistik kes tangkapan jenayah ragut yang dituduh di Mahkamah mengikut pecahan kaum bagi tahun kajian seperti berikut:
Tahun Kaum
2011
2012
2013
2014 (Jan – Okt)
Jumlah
Melayu 21 19 24 18 82 Cina 0 4 2 0 6 India 9 10 7 6 32 Lain Bangsa 5 7 3 8 23 Jumlah 35 40 36 32 143 - Statistik tangkapan kes jenayah ragut melibatkan remaja dan orang dewasa yang dituduh di Mahkamah mengikut kategori umur bagi tahun kajian adalah seperti berikut:
Tahun Umur (Tahun) 2011 2012 2013 2014 (Jan – Okt) Jumlah 13 – 15 2 1 3 1 7 16 – 18 9 8 9 5 31 19 – 28 15 25 18 19 77 29 ke atas 9 6 6 7 28 Jumlah 35 40 36 32 143 -
Apakah faktor yang dikesan berlakunya jenayah ragut?
Jenayah ragut merupakan jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah indeks hartabenda yang berlaku di jalanan sehingga boleh menyebabkan kecederaan dan kematian. PDRM memandang serius jenayah ragut dan berusaha bersungguh – sungguh untuk membanteras kes ragut dari berlaku khususnya di Negeri Selangor
PDRM telah mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah ragut. Faktor – faktor berlakunya jenayah ragut adalah seperti berikut:-
- Niat Dan Peluang
Penjenayah mempunyai niat untuk melakukan jenayah ragut. Penjenayah sentiasa menunggu peluang dan ruang yang terbuka terhadap sasaran terutama kaum wanita. Sebagai contoh kaum wanita yang mempamerkan barangan kemas dan membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.
- Penyalahgunaan Dadah
Penagih dadah dikenalpasti melakukan jenayah ragut bagi mendapatkan wang dengan cara mudah untuk membeli bekalan dadah. Pengaruh penyalahgunaan dadah akan menyebabkan penjenayah bertindak kejam terhadap mangsa. Sebagai contoh peragut akan merentap beg tangan mangsa hingga terjatuh yang boleh menyebabkan kecederaan dan kematian.
- Gejala Sosial
Penjenayah melakukan jenayah ragut dikenalpasti terlibat dengan gejala sosial seperti kegiatan lumba haram, penyalahgunaan dadah, curi motosikal dan gangsterism.
- Pengangguran
Penjenayah melakukan jenayah ragut dikenalpasti sebagai penganggur, malas bekerja dan mempunyai masalah kekeluargaan.
- Penjenayah Berulang (Residevis)
Penjenayah yang telah ditangkap dan dituduh akan dibebaskan dengan jamin oleh Mahkamah sehingga perbicaraan kes. Penjenayah akan melakukan jenayah ragut berulang (residevis) untuk mendapatkan wang bagi membayar hukuman atau denda di Mahkamah.
- Mangsa Kes Ragut
Mangsa kes ragut dikenalpasti mendedahkan diri kepada jenayah di atas kecuaian seperti berikut:-
- Berjalan berseorangan di lorong
- Membawa beg tangan dengan cara yang mudah
- Meletakkan beg tangan di raga motosikal semasa
- Meletakkan beg tangan di tempat duduk sebelah semasa memandu (Passanger Seat) dan pintu kereta tidak
- Berebut menaiki kenderaan awam atau berada di kawasan
- Menggunakan telefon mudah alih dan tidak peka keadaan
-
Apakah langkah-langkah yang yang boleh Kerajaan Negeri sumbangkan untuk membendung jenayah ini?
Polis Kontinjen Selangor telah mengambil langkah untuk membanteras jenayah ragut melalui program ‘Community Policing’ merangkumi kerjasama di antara polis dan masyarakat dengan mengadakan dialog, pameran, ceramah, kempen kesedaran dan bertukar – tukar maklumat dengan masyarakat berkaitan jenayah ragut. Program ‘Community Policing’ diadakan secara berterusan samada di peringkat Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor mahupun di peringkat daerah.
Langkah yang dicadangkan :
- ‘Smart Partnership’
Mempertingkatkan program pencegahan jenayah ragut dengan melibatkan semua lapisan masyarakat melalui aktiviti Persatuan Penduduk, aktiviti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Program Pencegahan Jenayah di sekolah, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tiggi Swasta (IPTS) serta penglibatan Agensi Kerajaan Negeri seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui program Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS).
- Perkongsian Maklumat
Menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat jenayah ragut melalui medium sosial (Facebook, WhatsApp, Instagram, Tweeter), media elektronik dan media cetak seperti Selangor Kini dan Radio Selangor FM.
- Program Motivasi
Mewujudkan program motivasi, kesedaran agama / moral dan peluang pekerjaan kepada bekas penjenayah ragut supaya mereka tidak terlibat dan mengulangi jenayah ragut.