Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
255) CERUN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah pinjaman pembaikan cerun yang diberikan oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008-2014.
Senarai jumlah pinjaman pembaikan cerun yang diberikan oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008-2014 adalah seperti berikut:
NO NAMA PROJEK JUMLAH PINJAMAN (RM) 1. Kerja-kerja Penstabilan Cerun Di Kawasan MPAJ
2,168,620.00 2. Pembaikan Cerun dan Pembinaan Jambatan – MPKj
3,893,230.00 3. Kerja-kerja Membaik Pulih Cerun Runtuh Di Jalan Utama Berhadapan Apartment Lily – Rawang – MPS 1,078,000.00 Jumlah Keseluruhan (RM) 7,139,850.00 -
Senaraikan jumlah pinjaman pembaikan cerun yang bertukar menjadi grant mengikut pecahan PBT.
Sehingga kini, tiada pinjaman bagi pembaikan cerun yang dihapuskira atau ditukarkan kepada geran.
-
Apakah rasional Kerajaan Negeri mengenakan kadar bunga 2% atas pinjaman pembaikan cerun?
Caj pembiayaan yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri ke atas pinjaman pembaikan cerun adalah pada kadar tetap 4% setahun.
Kerajaan Negeri menetapkan dasar kenaan caj pembiayaan pada kadar 4% setahun bagi setiap pinjaman yang diluluskan di mana caj pembiayaan tersebut merupakan hasil kepada Kerajaan Negeri untuk dipulangkan kepada rakyat jua. Pembaikan cerun juga boleh meningkatkan nilai pasaran ke atas tanah-tanah yang berhampiran cerun tersebut. Secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil Pihak Berkuasa Tempatan terbabit.