Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

251) PENDIDIKAN KANAK-KANAK

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Minta kerajaan negeri nyatakan rancangan untuk menyediakan kemudahan taska dan pusat asuhan kanak-kanak di Selangor

    Buat masa ini, Kerajaan telah mengendali dan menguruskan sendiri Taska Pejabat SUK yang beroperasi di bawah Pentadbiran Pengurusan Sumber Manusia khusus untuk kakitangan pejabat SUK. Di Bawah kendalian 11 orang tenaga pentadbiran, Taska SUK ini menggunakan modul pra sekolah yang bersesuaian dengan tahap perkembangan dan minda kanak-kanak. Untuk kemudahan yang lebih meluas, ia masih dalam kajian Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri buat masa ini bekerjasama dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor di dalam pelaksanaan skim TUNAS.

  2. Minta kerajaan negeri mengemukakan statistik dan jumlah peruntukan yang dikeluarkan menerusi skim TUNAS

    Statistik dan jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan menerusi Skim Tunas adalah seperti berikut:

     

    Bil

     

    Tahun

    Tadika Berjaya Penerima Manfaat Peruntukan Tahunan Skim Tunas Jumlah pembayaran
    1 2012 196 1,277 Orang RM1,016,600.00 RM210,475.00
    2 2013 273 3,086 Orang RM3,000,000.00 RM1,491,802.00
    3 2014 243 6,823 Orang RM3,329,560.00 RM3,329,555.00
    Jumlah Keseluruhan 710

    Tadika

    11,186 Orang RM7,346,160.00 RM5,043,762.00
  3. Minta nyatakan rancangan untuk memperbaiki sistem pendidikan kanak-kanak secara komprehensif

    Isu pendidikan kanak-kanak akan dijadikan salah satu isu yang dikaji di dalam Temurapat Standco Pendidikan yang dijadualkan berlangsung Januari nanti. Tumpuan utama ialah bagi menetapkan halatuju dan memperbaiki sistem pendidikan kanak-kanak di Selangor secara komprehensif.

Lampiran

Tiada Lampiran.