Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

249) PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai pelan khusus untuk membangunkan ekonomi belia di setiap kawasan DUN.

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta dari jumlah Rizab Negeri bagi projek pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan telah merancang untuk mengadakan program dengan kerjasama daripada INPENS dan Jabatan- jabatan Kerajaan serta NGO seperti mewujudkan Yayasan BES, Program- program kemahiran dan teknikal, program-program keusahawanan dan program Pemerkasaan Belia. Program-program tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan anak muda untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan, kepimpinanan dan kemahiran dalam usaha untuk melahirkan generasi yang berpendidikan dan berpengetahuan.

    Disamping itu Kerajaan Negeri sedang dalam pengambilan pelajar seramai 40 orang dalam Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan (Eksekutif) dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM376,000.00 bagi meningkatkan pengetahuan serta melahirkan Belia Ehsan Selangor melalui pelbagai aktiviti dan program yang akan memberikan manfaat kepada para belia di Negeri Selangor.

  2. Apakah insentif yang disediakan oleh kerajaan bagi organisasi seperti JKKK, MASJID,SURAU/NGO yang membantu program pembangunan holistik belia agar mereka mampu berjaya?

    Insentif yang disediakan oleh kerajaan bagi organisasi seperti JKKK yang membantu program pembangunan holistik belia agar mereka mampu berjaya iaitu:

    • Program yang ditawarkan bagi manfaat penduduk dan warga desa iaitu Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Program Kemahiran Teknikal Belia Desa bagi golongan remaja di desa yang merupakan Projek Percubaan ( Pilot Project). Ini selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri bagi memastikan para belia di desa tidak terabai dan mempunyai peluang untuk maju dan meningkatkan taraf hidup
    • Dengan adanya Program Kemahiran Teknikal Belia Desa, belia muda yang menetap di desa diberi peluang untuk menceburi bidang kemahiran seperti Perpaipan, Penyelenggaraan Elektrik dan Penyelenggaraan Sistem Penghawa Dingin.
    • Pada masa ini, para belia yang telah mengikuti program ini adalah 61 buah kampung dan kini akan diiikuti oleh semua kampung di seluruh Negeri Selangor. Para belia ini dihantar ke IKRAM Skills Academy, Bangi bagi mengikuti kursus Program Kemahiran Teknikal Belia Desa setelah kajian pasaran dibuat mengenai pengiktirafan institut pengajian ini berserta harga yang ditawarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.