Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

247) GERAI-GERAI HARAM DALAM KAWASAN PBT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah gerai-gerai ini mempunyai lesen perniagaan

    Gerai-gerai haram tidak mempunyai lesen perniagaan.

  2. Apakah rancangan Kerajaan untuk menyusun semua gerai-gerai ini

    Bagi gerai-gerai yang didirikan secara haram, pihak PBT ada menyediakan pusat- pusat penjaja khas, gerai dan kiosk dan mereka diarahkan untuk berpindah ke tapak yang telah disediakan mengikut kekosongan.

     

     

     

     

     

  3. Bagaimana pihak Kerajaan dapat membantu peniaga-peniaga gerai-gerai ini .

    Pihak PBT membantu peniaga-peniaga ini dengan mengeluarkan lesen bagi memastikan golongan peniaga tersebut dapat menjalankan peniagaan tanpa halangan dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PBT dan menawarkan lot-lot gerai yang masih kosong untuk menjalankan perniagaan secara sah. Sesetengan PBT telah mensyaratkan kepada setiap pemaju untuk menyediakan tapak penjaja minima 2% dari luas tapak cadangan pembangunan semasa kelulusan kebenaran merancang. Berkenaan insentif modal atau peruntukkan kewangan, terdapat agensi-agensi yang berkaitan secara langsung memberi kemudahan ini sebagai contoh MIMBAR, Pembiayaan Mikro Kredit dan lain-lain.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.