Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
234) PORTFOLIO ADAT-ADAT MELAYU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar dan perancangan program portfolio Adat-adat Melayu tahun 2015 ?
- Dasar dan perancangan program potfolio Adat-adat Melayu adalah seperti berikut:
- Menjadikan adat, warisan dan sejarah Melayu Islam sebagai khazanah warisan generasi akan datang;
- Membina citra jati diri Negeri Selangor beeteraskan adat, warisan dan sejarah Melayu;
- Mengkaji dan membangun (R&D) aspek-aspek adat, warisan dan sejarah;
- Memajukan sector ekonomi rakyat jelata dan Negeri Selangor melalui pembangunan adat, warisan dan sejarah Melayu-Islam;
- Mengangkat adat, warisan dan sejarah Selangor sebagai produk
Senarai program Adat-adat Melayu tahun 2015
Bil Program 2015 Tarikh Penganjur 1.
School Attack
Februari 2015
PADAT / Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 2.
Temasya Tari Selangor
Februari 2015
PADAT / MAJLIS Kebudayaan Negeri Selangor
Bil Program 2015 Tarikh Penganjur 3. Seminar dan Bengkel Konservasi Februari 2015 PADAT / Jabatan Muzium Malaysia 4.
Program Kenali Warisanku Bersama PADAT (Hulu Selangor) Mac 2015
PADAT / Majlis Daerah Hulu Selangor 5.
Pameran Telepuk, Kelingkan dan Kebaya Selangor & Seminar Tekstil Antarabangsa Mac 2015
PADAT
6. Seminar Permuziuman Mac 2015 PADAT / Jabatan Muzium Malaysia 7. Hari Muzium Antarabangsa (Peringkat Negeri Selangor) Mei 2015 PADAT 8.
Program Kenali Warisanku Bersama PADAT (Petaling Jaya) Mei 2015
PADAT / Majlis Bandaraya Petaling Jaya 9.
Pameran Terkenang Semasa Dulu “Zaman Kanak-Kanak” & Majlis Berkhatan
September 2015
PADAT
10.
Seminar Memperkasakan Identiti Selangor
September 2015
PADAT / Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor 11. Seminar Salasiah Melayu Bugis September 2015 PADAT / Persatuan Bugis Selangor 12.
Seminar dan Bengkel Penerapan Identiti Selangor September 2015 PADAT / Unit Perancang Ekonomi Negeri -
Apakah strategi untuk merealisasikan dasar dan perancangan tersebut ?
Strategi untuk merealisasikan dasar dan perancangan tersebut adalah:
- Menjalankan penyelidikan saitifik yang inovatif dan mencipta
- Pengurusan konservasi yang cekap dan berkesan
- Mempromosi Adat Melayu dan Warisan Ke Arah Kegemilangan
- Warga kerja yang kompeten dalam bidang adat Melayu dan warisan Negeri Selangor.
-
Bagaimanakah tahap pencapaian portfolio sebelum ini ?
Sehingga kini, tahap pencapaian portfolio untuk Adat Melayu bolehlah dibanggakan oleh kita semua. Pelbagai program telah berjaya dilaksanakan seperti program turun ke padang bersama masyarakat, pelbagai program pameran berkaitan budaya dan kesenian bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta, persembahan kesenian dan sebagainya. Selain itu, pelbagai kajian yang dilaksanakan oleh staf Padat kini di peringkat akhir dan akan diterbitkan oleh pihak Padat untuk dijadikan rujukan kepada para pelajar dan masyarakat. Pihak Padat juga akan berterusan menerbitkan buku jurnal ilmiah yang memuatkan pelbagai kajian berkaitan adat, budaya dan kesenian di negeri Selangor ini.