Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
215) LEMBU-LEMBU KORBAN AIDUL ADHA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kenapa saiz lembu-lembu yang diberi oleh negeri kurus-kurus sahaja?
Pada Jun 2014, PKPS telah membeli lembu jenis “Brahman Cross” dengan anggaran berat minima 220 kg seekor dan dibesarkan/digemukkan dalam masa 3 bulan untuk mencapai berat badan 250 kg. PKPS memohon maaf atas kekurangan dan kesulitan yang timbul akibat daripada beberapa ekor lembu yang tidak mencapai berat
Oleh kerana kesesakan di kandang, terdapat beberapa ekor lembu ini tidak dapat makan secara sempurna dan menyebabkan berat minima 250 kg seekor tidak dapat dicapai.
Bagi menangani masalah ini, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan oleh PKPS pada pembekalan yang akan datang:
- PKPS akan memastikan kesemua lembu yang dibekalkan adalah daripada jenis “Brahman Cross”. Lembu-lembu ini akan mula dibawa masuk pada bulan Mac 2015 dengan berat minima 230 kg seekor untuk proses pembesaran/penggemukan.
- PKPS akan membeli mesin penimbang dan akan menimbang setiap ekor lembu-lembu yang diterima sebelum digemukkan di dalam Ladang
- Pengasingan lembu antara lembu kecil dan lembu besar akan dilaksanakan terlebih
- PKPS akan menimbang sekali lagi setiap ekor lembu-lembu tersebut sebelum diagihkan kepada penerima dan berat lembu akan di “tagging” pada telinga lembu
- PKPS akan mengundang wakil daripada Pejabat Menteri Besar atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menyaksikan proses penimbangan lembu tersebut dimana ianya akan dilaksanakan 4-5 hari sebelum penghantaran.
- PKPS akan melantik pakar pemakanan dan seorang Dr. Veterinar dalam memastikan pemakanan dan kesihatan lembu-lembu tersebut dipantau dengan baik.