Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
211) USAHAWAN MELALUI SKIM MIMBAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa ramaikah usahawan yang telah dapat dilahirkan? Nyatakan pecahan mengikut daerah
- MIMBAR berperanan untuk memberi pinjaman mikro kepada peniaga kecil di kawasan bandar-bandar di Selangor. Pinjaman MIMBAR memberi kemudahan pinjaman yang mudah kepada peniaga-peniaga kecil bagi mendapatkan pinjaman tambahan
Ini kerana MIMBAR:
- tidak mengenakan birokrasi yang banyak seperti institusi kewangan di luar
- mengelakkan masalah sosial di mana masyarakat yang mencari jalan mudah untuk terjebak dengan peminjam tak berlesen “ah-long”
- membantu mempermudahkan urusan pinjaman, kelulusan permohonan dan bayaran semula
Kalangan peserta MIMBAR masih belum boleh dikategorikan lagi sebagai usahawan kerana dengan modal dan pulangan margin yang kecil untuk meneruskan kelangsungan berniaga dan hidup, mereka ini dilihat masih bertarung dan berusaha untuk mengubah kehidupan dan pendapatan yang stabil. Dengan bantuan MiMBAR, bukan sahaja memberikan bantuan melalui pinjaman perniagaan akan tetapi turut membantu memberikan pendidikan melalui kursus dan latihan bagi mengembangkan perniagaan di samping meningkatkan pendapatan peserta ini supaya mampu membawa diri dan perniagaan keluar dari industri kecil-kecilan yang menuju ke arah usahawan.
Justeru, sehingga Oktober 2014, MiMBAR telah berjaya membiayai seramai 5,038 orang peserta dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM 10, 495,978. Berikut adalah pembahagian pembiayaan yang diterima mengikut daerah dengan mengambil kira kawasan Dewan Undangan Negeri di bandar sahaja.
DAERAH BILANGAN PESERTA
JUMLAH PEMBIAYAAN (RM)
GOMBAK 1,452 3,125,741 HULU LANGAT 283 536,000 KLANG 1,284 2,605,243 PETALING 1,648 3,429,704 SEPANG 371 799,290 JUMLAH 5,038 10,495,978 Jadual 1: Statistik peserta dan jumlah pembiayaan mengikut daerah