Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

197) TANAH TERBIAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di Hulu Langat Agrotech terdapat banyak tanah-tanah pertanian terbiar. Berapakah keluasannya.

    Tanah Agrotech yang dimaksudkan merupakan Taman Teknologi Pertanian di Mukim Hulu Langat yang terdiri daripada hak milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Keluasan Tanah bagi keseluruhan kawasan adalah lebih kurang 167.22 hektar.

  2. Kenapakah kerajaan PR tidak memanfaatkan tanah tersebut.

    Tanah-tanah yang dimaksudkan merupakan hakmilik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) . Segala pembangunan dan perusahaan tanah tersebut adalah di bawah kuasa pemilik tanah berkenaan.

  3. Adakah kerajaan bercadang untuk memberi TOL kepada yang berminat disebabkan ramai pengusaha yang berminat.

    Lesen Pendudukan Sementara (LPS) tidak akan dikeluarkan bagi tanah yang telah mempunyai hak milik. LPS hanya dikeluarkan di atas tanah kerajaan yang bukan rizab sahaja.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.