Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

186) PERUNTUKAN DARI KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jenis-jenis peruntukan tahunan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor?

    Merujuk pada Akta Perlembagaan Persekutuan terdapat 7 pemberian tahunan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Perincian Pemberian Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:

    Bil. Jenis Pemberian Persekutuan Akta Perlembagaan
    1. Geran Pemberian Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS) Perkara 109 (1)(b), Perlembagaan Persekutuan
    2. Geran Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) Perkara 109(6) Perlembagaan Persekutuan
    3. Geran Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) Akta Pemberian Bilangan Orang 2002 , Perkara 109(1)(a), Perlembagaan Persekutuan
    4. Geran Pembiayaan Perbelanjaan Mengurus Bagi Jabatan-Jabatan Di Bawah Senarai Bersama (50%) Perkara 95B(1)(a), Senarai III

    – Senarai Bersama

    5. Geran Pemberian Tahunan Kepada Kerajaan Negeri Selangor Akta Wilayah Persekutuan (Perkiraan Kewangan) 1981

     

    Bil. Jenis Pemberian Persekutuan Akta Perlembagaan
    6. Geran Pemberian Bayaran Perkhidmatan 10% Kerana Penglibatan Kakitangan Kerajaan Negeri Dalam Melaksanakan Projek-Projek Persekutuan Perkara 80(5), Perlembagaan Persekutuan
    7. Geran Pemberian Pertambahan Hasil Akta Pertambahan Hasil 1977 dan Akta Pemberian Pertambahan Hasil (Pindaan) 2007
  2. Berapakah jumlah untuk setiap jenis peruntukan tersebut?

    Jumlah terimaan Pemberian Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2014 adalah seperti jadual dibawah:

    Bil. Jenis Pemberian Persekutuan Terimaan Tahun 2014 (RM)
    1. Geran Pemberian Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS) 475,620,745.75

    (Januari – November 2014)

    2. Geran Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) 15,959,000.00
    3. Geran Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) 64,282,680.00
    4. Geran Pembiayaan Perbelanjaan Mengurus Bagi Jabatan-Jabatan Di Bawah Senarai Bersama (50%) 53,100,986.00
    5. Geran Pemberian Tahunan Kepada Kerajaan Negeri Selangor 25,805,600.00
    6. Geran Pemberian Bayaran Perkhidmatan 10% Kerana Penglibatan Kakitangan Kerajaan Negeri Dalam Melaksanakan Projek-Projek Persekutuan 9,441,416.00
    7. Geran Pemberian Pertambahan Hasil 35,491,040.00
     

    Jumlah Terimaan

     

    679,701,467.75

  3. Adakah peruntukan MARRIS dan peruntukan-peruntukan lain ini dimasukkan ke dalam akaun rizab Kerajaan Negeri yang disatukan?

    Semua Peruntukan Tahunan yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan dimasukkan/ diakaunkan di dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor. Geran Pemberian Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS) dan Geran Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrstruktur dan Kesejahteraan Hidup diakaunkan di dalam Akaun Amanah Disatukan manakala lain-lain Pemberian Kerajaan Persekutuan diakaunkan di dalam Akaun Hasil Disatukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.