Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
185) PENEMPATAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah kerajaan bagi membantu mengatasi masalah pemilikan tanah dan rumah kediaman untuk pekerja-pekerja ladang?
Kerajaan Negeri Selangor tiada dasar khusus untuk membantu mengatasi masalah pemilikan tanah dan rumah kediaman bagi pekerja – pekerja ladang di Negeri Selangor. Namun begitu, di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, telah mengambil beberapa langkah dalam menangani masalah ini dengan melaksanakan beberapa siri lawatan dan turun padang ke ladang – ladang di Negeri Selangor bagi mendapatkan maklum balas, pandangan dan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ladang berkenaan bagi membantu menjaga kebajikan pekerja ladang dan secara tidak langsung dapat meringankan beban yang dihadapi dari segi kewangan, pendidikan, sosial serta membantu dalam menyuarakan permasalahan yang dihadapi demi mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan manfaat kepada semua
Selain itu, secara tidak langsung, Kerajaan Negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah mengadakan perjumpaan bersama para penduduk ladang seperti Ladang Bukit Rajah, Ladang Bangi, Ladang Tumbok dan Ladang Inche Canon dalam usaha untuk menjaga hak pekerja ladang seperti memberi bantuan untuk mendapatkan rumah serta bantuan baik pulih rumah, pendidikan dan hal – hal lain bagi menyelesaikan masalah dan isu yang timbul. Ini adalah salah satu kejayaan Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang dalam membantu para penduduk ladang. Begitu juga dengan penganjuran ‘Job Fair’ pada 2013 dengan tujuan membantu golongan pekerja ladang yang kurang dari segi pendidikan untuk mendapatkan pekerjaan dan pengetahuan di dalam menyuarakan hak mereka. Hal ini boleh dianggap sebagai satu kejayaan di bawah portfolio Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang dalam membantu mengatasi masalah pemilikan dan rumah kediaman yang dihadapi oleh pekerja ladang secara tidak langsung.
-
Berapakah jumlah kawasan penempatan pekerja ladang di Selangor?
Secara amnya, pekerja ladang di negeri Selangor ditempatkan di kawasan – kawasan ladang oleh pemilik ladang berkenaan. Di kawasan ladang ini pemilik ladang telah menyediakan penempatan kuaters bagi kegunaan pekerja ladang. Segala kemudahan disediakan oleh pemilik ladang seperti kuarters, tempat sembahyang, kemudahan air dan elektrik, dan juga terdapat tempat persekolahan bagi beberapa ladang di negeri Selangor. Senarai penempatan pekerja ladang di Selangor adalah seperti di lampiran.
Walau bagaimanapun, jawatankuasa ini sedang dalam usaha untuk mendapatkan maklumat – maklumat yang berkaitan dan terkini bagi jumlah penempatan pekerja ladang di ladang – ladang di Negeri Selangor dengan kerjasama agensi dan jabatan kerajaan bersama pertubuhan – pertubuhan yang berkaitan bagi tahun semasa.
-
Adakah kerajaan menyediakan peruntukan kewangan yang wajar bagi menyelesaikan masalah kemudahan asas di penempatan pekerja-pekerja ladang?
Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang dibawah Kerajaan Negeri Selangor tidak menyediakan sebarang peruntukan kewangan bagi menyelesaikan masalah kemudahan asas di penempatan pekerja – pekerja ladang di ladang masing – masing. Ini kerana perkara ini merupakan tanggungjawab kepada pemilik ladang untuk memastikan kemudahan asas yang diperlukan oleh pekerja ladang seperti kemudahan air, elektrik dan lain – lain dipenuhi demi menajga kepentingan dan hak mereka sebagai pekerja. Secara tidak langsung, dengan adanya kemudahan asas ini, para pekerja ladang dapat bekerja dengan lebih efisien dan selesa tanpa perlu risau kepada perkara
Namun begitu, Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang tidak memandang remeh akan hal tersebut kerana ia merupakan keperluan umum tidak kira dimana kita berada. Sekiranya kemudahan – kemudahan asas yang dinyatakan diatas dapat dipenuhi, nescaya pekerja ladang dapat memberi khidmat yang terbaik kepada majikan sebagai balasan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang juga telah mengadakan beberapa siri lawatan ke ladang – ladang bagi beramah mesra, sesi soal jawab dan taklimat mengenai kebajikan mereka.