Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

181) KEBAJIKAN DAN PELUANG MELANJUTKAN PEMBELAJARAN UNTUK GURU-GURU KAFA DAN SEKOLAH AGAMA JAIS

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat cadangan untuk membiayai pendidikan guru-guru KAFA untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA?

    Setakat ini belum ada cadangan pembiayaan.

  2. Adakah IPT milik penuh kerajaan negeri akan bekerjasama untuk menawarkan program pendidikan kepada guru KAFA?

    Telah ada hubungan kerjasama dengan KUIS dan UNISEL dalam program diploma dan ijazah pendidikan.

  3. Adakah terdapat cadangan kerajaan negeri untuk menyerap guru kafa dalam kerajaan negeri?

    Tidak ada. Walau bagaimanapun, guru-guru KAFA yang telah memenuhi syarat lantikan termasuk Diploma Perguruan Lepasan ijazah (DPLI) layak untuk memohon ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kontrak/ Tetap).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.