Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
180) KEMISKINAN DI DESA DAN KAMPONG
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan dan dasar kerajaan negeri untuk mengurangkan paras kadar kemiskinan di Kawasan desa dan kampung?
Pelbagai rancangan dan program yang disediakan oleh Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan dalam mengurangkan paras kadar kemiskinan di kawasan desa di samping meningkatkan taraf hidup bagi golongan berpendapatan rendah. Antaranya adalah Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Tajaan Kemahiran Teknikal melalui Kolej Antarabangsa INPENS, Program Pemberian Baucer sempena Perayaan dan Program Back to School. Selain itu, di antara program lain yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Ianya merupakan salah satu program di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin dalam usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu rakyat Selangor yang kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa sebagai tempat berteduh. Jenis bantuan adalah terbahagi kepada membina baru rumah dan membaikpulih rumah sedia ada. Bantuan membina baru rumah tiga (3) bilik dan satu (1) tandas dengan keluasan 660 kaki persegi dan dua
(2) bilik satu (1) tandas dengan keluasan 600 kaki persegi serta membaik pulih rumah sedia ada yang mengalami kerosakan dengan kos tidak melebihi RM20,000.00.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan beberapa Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah Jawatankuasa- jawatankuasa Tetap yang lain untuk membantu meringankan bebanan rakyat seperti Program Air Bersih Percuma sebanyak 20 meter padu sebulan, Program Skim Mesra Usia Emas, Skim Mikrokredit Selangor, Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mikrokredit Wanita Ladang dan pelbagai lagi.
-
Nyatakan jumlah penerima dari tahun 2008 hingga kini jenis bantuan yang telah diterima oleh setiap kaum dibawah Blueprint pembasmian kemiskinan.
Sehingga 10 November 2014, kaum Melayu mencatatkan penerima bantuan seramai 1,749 orang (86.97%), manakala kaum India dan Cina masing-masing mencatatkan seramai 197 orang (9.80%) dan 65 orang (3.23%). Statistik penerima bantuan Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan di negeri Selangor adalah seperti di JADUAL 6.
JADUAL 6:
STATISTIK PENERIMA BANTUAN PROGRAM BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN DI NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2014
BIL.
TAHUN
BILANGAN PELAJAR MENGIKUT KAUM MELAYU CINA INDIA JUMLAH KESELURUHAN JUMLAH (ORANG)
PERATUS (%) JUMLAH (ORANG) PERATUS (%) JUMLAH (ORANG) PERATUS (%) 1. 2008 179 90.86% 7 3.55% 11 5.59% 197 2. 2009 322 96.41% 2 0.60% 10 2.99% 334 3. 2010 209 85.31% 4 1.63% 32 13.06% 245 4. 2011 295 83.57% 12 3.40% 46 13.03% 353 5. 2012 227 90.08% 4 1.59% 21 8.33% 252 6. 2013 155 83.33% – – 31 16.67% 186 7. 2014 362 81.53% 36 8.11% 46 10.36% 444 JUMLAH 1,749 86.97% 65 3.23% 197 9.80% 2,011 (Sumber: UPEN, Seksyen Sektoral)
STATISTIK PENERIMA BANTUAN PROGRAM BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN DI NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2014
BIL. DAERAH TAHUN 2008 TAHUN 2009 TAHUN 2010 MELAYU INDIA CINA MELAYU INDIA CINA MELAYU INDIA CINA 1. Petaling 2 0 0 2 – – 40 3 1 2. Klang 1 1 0 – 3 – 33 8 3. Gombak 10 2 0 21 2 – – – – 4. Hulu Langat 2 0 0 – – – 40 3 – 5. Kuala Langat 8 1 2 57 1 – 45 1 3 6. Sepang 4 0 0 2 – – 25 3 – 7. Hulu Selangor 46 3 2 23 – – 26 4 – 8. Kuala Selangor 13 2 1 9 4 – – 10 – 9. Sabak Bernam 93 2 2 208 – 2 – – – JUMLAH 179 11 7 322 10 2 209 32 4 PERATUS (%) 90.87% 5.58% 3.55% 96.41% 2.99% 0.60% 85.31% 13.06% 1.63% (Sumber: UPEN, Seksyen Sektoral)
STATISTIK PENERIMA BANTUAN PROGRAM BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN DI NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2014
BIL. DAERAH TAHUN 2011 TAHUN 2012 TAHUN 2013 TAHUN 2014 MELAYU INDIA CINA MELAYU INDIA CINA MELAYU INDIA CINA MELAYU INDIA CINA 1. Petaling – – – 47 1 – – – – 34 – – 2. Klang 33 25 – – – – 121 29 – 33 9 1 3. Gombak 36 2 – – – – 34 2 – 36 1 – 4. Hulu Langat – – – 18 3 – – – – 30 2 – 5. Kuala Langat 81 3 5 – – – – – – 112 29 32 6. Sepang – – – 19 6 2 – – – 36 6 3 7. Hulu Selangor 38 7 2 41 4 1 – – – 40 2 1 8. Kuala Selangor 34 9 4 52 7 1 – – – 65 2 1 9. Sabak Bernam 73 – 1 50 – – – – – 46 1 1 JUMLAH 295 46 12 227 21 4 155 31 – 362 46 36 PERATUS (%) 83.57% 13.03% 3.40% 90.08% 8.33% 1.59% 83.33% 16.67% 0% 81.53% 10.36% 8.11% (Sumber: UPEN, Seksyen Sektoral)