Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
176) PENGURUSAN AIR MENTAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan projek HORAS (Hybrid Off River Augmentation Storage)? Bilakah projek boleh disiap?
Data limpahan di River Gate SSP1/Baraj Bestari Jaya menunjukkan penghasilan air di hiliran lembangan Sungai Selangor berpotensi untuk dibangunkan sebagai sumber air terawat dan jika tidak digunakan sebagai sumber air, ia akan terbuang ke sungai dan laut serta boleh meningkatkan risiko
Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk melaksanakan pembangunan penakungan air larian di hiliran sungai melalui konsep Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS). Sistem HORAS ini akan melibatkan penakungan stormwater dari Sungai Selangor di kawasan tailing ponds atau bekas lombong bijih Bestari Jaya (Batang Berjuntai) yang luas berdekatan dengan UNISEL dan loji rawatan air SSP 1, SSP 2 dan SSP 3. Bagi fasa pertama, projek HORAS yang dikenali sebagai HORAS600 telah diperkenalkan dan dipantau oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.
Komponen utama yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan bagi tujuan melaksanakan projek HORAS600 adalah:-
- Pembinaan Kolam Takungan HORAS dengan keluasan 166 hektar hingga mencapai kedalaman 23.5 meter dari paras tanah bagi tujuan penyambungan kepada akuifer bawah tanah bagi mendapatkan kapasiti air sejumlah 600
- Pembinaan Kolam Penapisan (Filter Ponds) bagi mengalirkan air lebihan/air larian (storm water) dari sungai untuk ditakung dalam Kolam Takungan;
- Kerja-kerja pelindungan tebing kolam takungan menggunakan geo- textiles;
- Pembinaan stesen mengepam air mentah
Kerajaan Negeri Selangor telah melantik Tetuan Juruperunding Zaaba Sdn. Berhad (JPZ) sebagai perunding bagi menjalankan kajian reka bentuk dan pemantauan projek bagi kerja pembinaan kolam takungan, kolam penapisan (filter ponds) dan ancillary works manakala Tetuan SMHB Sdn. Bhd. telah dipertanggungjawab untuk mereka bentuk dan memantau komponen bagi kerja- kerja pembinaan stesen mengepam air mentah.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah melantik Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk melaksanakan kerja-kerja pengorekan bagi tujuan pembinaan Kolam Takungan. Kerajaan Negeri Selangor tidak membayar KSSB bagi kerja- kerja pengorekan yang dibuat sebaliknya nilai kerja tersebut di kontra dengan jumlah pasir yang akan dijual oleh KSSB. Kerja-kerja pengorekan oleh KSSB telah bermula semenjak 15 Mac 2014 dan dijangka akan siap pada 30 September 2015.
Bagi memudahkan pemantauan dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri, projek HORAS600 ini telah dibahagikan kepada tiga (3) fasa seperti berikut dan ianya dilaksanakan secara berperingkat:
Fasa Tajuk Catatan 1
Cadangan Kerja-Kerja Mengorek Dan Menyiapkan Takungan Melalui Konsep Penakungan Air Larian Di Hiliran Sungai Melalui Konsep Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) Di Kg Sg Darah, Bestari Jaya Dilaksanakan oleh KSSB
2
Pakej 1 – Cadangan membina dan menyiapkan kerja- kerja pengukuhan tebing sungai dan tebing kolam takungan melalui Konsep Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) Di Kg Sg Darah, Bestari Jaya Akan ditender
Pakej 2 – Pembinaan Stesen Pam Air Mentah Kajian reka bentuk dan pemantauan oleh SMHB Sdn. Bhd. 3
Pakej 1 – Cadangan Kerja-Kerja Mengorek Dan Menyiapkan Takungan Melalui Konsep Penakungan Air Larian Di Hiliran Sungai Melalui Konsep Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) Di Kg Hang Tuah, Mukim Bestari Jaya Dilaksanakan oleh KSSB
Pakej 2 – Cadangan Membina Dan Menyiapkan Muka Sauk, Pembentong Sambungan Dan Kerja-Kerja Berkaitan Untuk Projek Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) Di Kg Hang Tuah, Mukim Bestari Jaya
Akan ditender
Sehingga 25 September 2014, dilaporkan kemajuan di tapak telah mencapai 19.88% berbanding jadual sebanyak 22.83%. Setakat ini, kerja-kerja pengorekan yang dijalankan oleh KSSB tertumpu kepada kawasan bagi Fasa 1 sahaja. Bagi Fasa 2 dan 3, kerja-kerja masih belum dilaksanakan kerana terlibat dalam proses pengambilan tanah.
Pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor telah pun mengemukakan pelan pengambilan balik tanah bagi 141 ekar kawasan yang terlibat dengan pembinaan kolam takungan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor untuk diproses. Dijangka Borang K akan dikeluarkan pada akhir bulan Januari 2015.
Berdasarkan perancangan, projek HORAS600 ini akan disiapkan pada akhir bulan September 2014. Dengan selesainya projek ini, Negeri Selangor akan mempunyai sumber air tambahan sebanyak 600 JLH untuk digunakan sekiranya berlaku musim kemarau yang berpanjangan.
-
Apakah rancangan kerajaan negeri dalam pengurusan air mentah?Memandangkan banyak empangan Selangor masih pada paras yang rendah jika dibandingkan dengan masa yang sama tahun-tahun lepas.
Keadaan hujan yang berlaku sejak bulan Ogos yang lepas secara tidak langsung telah membantu meningkatkan paras empangan terutamanya Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi. Data menunjukkan pada 10 November 2014, paras Empangan Sungai Selangor adalah pada 2% manakala paras Empangan Sungai Tinggi pula pada tahap 50.02%.
Walaubagaimanapun, peratusan tersebut masih lagi berada pada tahap yang membimbangkan jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu di mana pada keadaan normal, paras empangan adalah penuh apabila bermulanya tahun baru. Oleh yang demikian, sebagai langkah mitigasi, Kerajaan Negeri telah bersedia dengan melaksanakan beberapa langkah mitigasi bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pelepasan air empangan sebagai sumber air mentah untuk membantu pengabstrakan air di loji-loji rawatan air.
Operasi pengepaman air kolam ke Sungai Selangor telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri sebagai langkah untuk memastikan Negeri Selangor mempunyai air mentah yang mencukupi apabila menghadapi musim kemarau kelak.Sebanyak 18 unit pam dengan kapasiti 960 JLH telah ditempatkan di kolam-kolam untuk menjalankan operasi pengepaman air kolam ke Sungai Selangor bagi membantu meningkatkan kapasiti air mentah. Secara tidak langsung, operasi pengepaman ini dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pelepasan air dari empangan untuk diabstrak oleh loji-loji rawatan air bagi tujuan pemprosesan rawatan air. Sebanyak sembilan (9) kolam-kolam alternatif di sekitar kawasan Kuala Selangor telah dikenalpasti untuk mambantu dalam operasi pengepaman.
Pada peringkat awal operasi pengepaman dilaksanakan sekitar Jun 2014, kapasiti pengeluaran air kolan yang diperoleh dari kesemua kolam adalah sebanyak 300MLD sahaja. Namun, dengan perancangan rapi dan pemantauan berkala yang dibuat, keupayan operasi pengepaman telah berjaya mencapai sasaran pengeluaran sebanyak 800MLD pada 10 Ogos 2014.
Walaubagaimanapun, sepanjang bulan Ogos 2014, Lembangan Sungai Selangor telah menerima taburan hujan yang banyak. Oleh yang demikian, operasi pengepaman air dari kolam ke sungai telah dihadkan pengeluarannya berikutan hujan yang berterusan telah membantu meningkatkan baseflow sungai. Pada waktu ini, operasi pengepaman air lebihan sungai ke kolam dilaksanakan bagi mengisi kolam takungan untuk digunakan sewaktu musim kering kelak.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga telah memberi persetujuan kepada pelaksanaan Projek Langat 2 dan bersetuju untuk membangunkan projek Hybrid Off River Augmentation Storage yang dikenali sebagai HORAS600 di kawasan Kuala Selangor. Melalui pembangunan dua projek ini, kerajaan Negeri yakin masalah ketidakcukupan air mentah dapat diatasi sepenuhnya.