Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
171) AGENDA PEMBERDAYAAN WANITA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Minta kerajaan negeri nyatakan jumlah statistik golongan ibu tunggal yang menerima manfaat daripada skim mikrokredit kerajaan.
Skim mikrokredit (SkimSel) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri telah memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan terutama golongan ibu tunggal. Berdasarkan rekod, statistik golongan ibu tunggal yang menerima manfaat daripada skim mikrokredit Selangor adalah seperti berikut :
Cawangan Ibu Tunggal Jumlah Sabak Bernam 339 339 Hulu Selangor 139 139 Kuala Selangor 497 497 Hulu Langat 222 222 Kuala Langat 213 213 Sepang 288 288 Gombak 121 121 Petaling 102 102 Cawangan Ibu Tunggal Jumlah Klang 82 82 Jumlah 2003 2003 -
Apakah rancangan untuk memartabatkan kaum wanita dalam bidang keusahawanan dan profesionalisme?
Peranan SKIMSEL dalam membantu kerajaan negeri memartabatkan kaum wanita ibarat serampang dua mata. Melalui dana RM50 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri dapat disalurkan kepada lebih 10,000 orang wanita di negeri Selangor melalui pembiayaan ekonomi. Seramai 6,644 orang aktif meminjam dan sehingga kini 4,829 orang atau 73% memperolehi pendapatan dari RM1,000.00 hingga RM5,000.00.
Melalui pendekatan ekonomi yang dilaksanakan oleh SKIMSEL ia akan dapat menjana pendapatan keluarga seterusnya membantu isi rumah dalam mencukupkan keperluan harian. Dengan kemampuan kewangan yang ada keluarga dapat berbelanja keperluan asas dan merancang masa depan yang lebih terjamin melalui pemilikan harta.
Selain itu juga SKIMSEL menawarkan pembiayaan pelbagai serta pendidikan agar dapat menampung keperluan keluarga terutama memperbaiki kemudahan asas seperti rumah manakala pembiayaan pendidikan boleh membantu persekolahan anak dari peringkat rendah hinggalah tinggi.
Bagi memartabatkan lagi kaum wanita dalam keusahawanan SKIMSEL dalam tempoh masa penubuhan empat tahun telah menjalankan hari keluarga, latihan, jamuan hari raya serta karnival jualan produk Sadiq untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran hasil keluaran peserta. Namun cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh SKIMSEL melibatkan sumber kewangan yang terhad dan kemahiran kakitangan dalam menjayakan program-program tersebut.
Cadangan pada masa akan datang SKIMSEL merancang membina sahsiah diri peserta melalui seminar, team building dan juga acara penganugerahan tahunan untuk meraikan peserta yang keseluruhannya adalah wanita. Harapan kita semoga wanita ini bukan sahaja menjadi ibu tetapi juga mempunyai ilmu sebagai usahawan yang bukan sahaja dapat membantu diri serta keluarga malahan mampu membantu ahli lain keluar dari situasi yang serba kekurangan. Diharapkan pada masa hadapan mereka ini mempunyai aset dan mercu tanda yang boleh dibanggakan hasil pemerintahan Pakatan Rakyat.
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membantu NGO wanita membanteras keganasan rumah tangga?
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga dengan kerjasama NGO di Negeri Selangor telah merangka pelbagai program/kempen dalam usaha membenteras keganasan rumahtangga. Antara program-program yang telah dilaksanakan adalah Women Againt’s Crime (WAC) dan One Stop Crisis Centre (OSCC). Manakala Advokasi Gender Dan Hormat Wanita masih dalam proses Program ini akan ditambah baik dan akan dijadikan program tetap Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga dalam membanteras keganasan rumah tangga.