Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

166) TANAH REZAB MELAYU

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan keseluruhan tanah Rizab Melayu di negeri Selangor

    Sehingga 30 Oktober 2014, jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Negeri Selangor adalah seluas 402,755.42 ekar dan pecahannya mengikut daerah seperti di Lampiran A.

    LAMPIRAN A

    KEDUDUKAN TANAH RIZAB MELAYU (TRM) DI SEMBILAN (9) DAERAH SEHINGGA 30 OKTOBER 2014

     

    DAERAH

    KELUASAN TRM

    (a)

    KELUASAN PEMBATALAN

    (b)

    KELUASAN PENGGANTIAN

    (c)

    KELUASAN BELUM DIGANTI

    (d=b-c)

    KELUASAN PADA 30/10/14

    (e=a-b+c)

    Ekar
    Petaling 2,617.88 0 0 0 2,617.88
    Gombak 12,895.05 6.38 0 6.38 12,888.67
    Klang 23,474.88 5.99 0 5.99 23,468.89
    Sepang 28,500.94 4,621.93 2,325.60 2,296.33 26,204.61
    Hulu Selangor 36,850.83 1,539.37 1,002.00 537.37 ***36,313.46
    Hulu Langat 33,325.79 22.34 23.61 -1.27 33,327.06
    Kuala Langat 39,577.00 4,822.33 3,800.37 1,021.96 **38,555.04
    Kuala Selangor 56,895.19 0 0 0 56,895.19
    Sabak Bernam 172,485.00 59.53 59.15 0.38 172,484.62
    JUMLAH 406,622.56 11,077.87 7,210.73 3,867.14 402,755.42

    Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah (PDT)

     

    Nota:

     

    * Seluas 1,024.20 ekar daripada 3,800.37 ekar TRM telah diganti di Daerah Hulu Selangor, iaitu TRM Bukit Tarek.

     

    ** Keluasan pada 30/10/2014 bagi Daerah Kuala Langat adalah 37,530.84 ekar kerana perkara seperti di *.

     

    ***     Keluasan     pada     30/10/2014      bagi     Daerah     Hulu     Selangor     adalah     37,337.66     ekar     kerana     perkara     seperi     di *.

     

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Dalam Mengekal Dan Mempertahankan Tanah Rizab Melayu Di Negeri Selangor

    Bagi mengekalkan dan mempertahankan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan setiap tanah yang dibatalkan hendaklah digantikan terlebih dahulu sebelum proses pengambilan diluluskan seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 89 Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan iaitu “ mana-mana tanah yang terhenti menjadi tanah Rizab Melayu maka mana-mana tanah lain yang serupa keadaannya dengan tanah yang terhenti itu dan seluas tidak lebih daripada luas tanah itu hendaklah dengan serta merta diisytiharkan sebagai Rizab Melayu ”.

    Melalui Pekeliling PTGS Bilangan 7/2001, Kerajaan Negeri juga telah mengeluarkan Dasar dan Garis Panduan Pembatalan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor yang menekankan tentang penggantian TRM perlu dilaksanakan dengan segera tanpa mengambil kira jenis tanah, sama ada tanah pekan, bandar atau desa dan guna tanah pertanian, kawasan zon kediaman/ perniagaan dan industri yang belum diberi milik.

    Selain itu, Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pengurusan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu (JKPPTRM) pada 28 Ogos 2014 yang dianggotai oleh semua Pentadbir Tanah Daerah yang bertanggungjawab ke atas hal-hal pengurusan dan penggantian TRM agar ianya selaras dengan Enakmen Rizab Melayu serta peraturan-peraturan lain yang sedang berkuatkuasa.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.