Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

153) PEMBINAAN SKATEPARK ATAS NAMA PBT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan berhasrat untuk membangunkan pusat-pusat skatepark berpandukan piawaian MBPJ dan MBSA?

    Buat masa ini kerajaan negeri belum mempunyai perancangan khusus untuk membina pusat skatepark namun kerajaan negeri sedia untuk mengkaji cadangan untuk membina kemudahan ini. Walau bagaimanapun, terdapat PBT-PBT khususnya di kawasan bandar telah menyediakan kemudahan ini seperti di MBSA, MBPJ dan MPSJ. Terdapat juga beberapa buah PBT seperti MPK, MPS, MPAJ yang mempunyai perancangan untuk membina pusat skatepark namun kesesuaian lokasi dan perancangan peruntukan perlu diambil kira bagi memastikan kemudahan ini dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat.

  2. Apakah piawaian-piawaian kebersihan, keselamatan dan mesra alam sekitar yang akan digunakan?

    Piawaian keselamatan, kebersihan dan mesra alam sekitar perlu diutamakan dalam penyediaan pembinaan pusat skatepark. Kemudahan ini perlu ada pemantauan berkala bagi memastikan pengguna yang menyertai aktiviti ini tidak mendapat kecederaan. Penyelenggaraan juga perlu dibuat secara berkala kerana struktur pembinaan tersebut mudah rosak akibat faktor cuaca dan penggunaan yang kerap.

  3. Berapakah kos sesuatu skatepark dan jumlah setiap tahun bermula 2008?

    Tiga buah PBT di Negeri Selangor telah menyediakan kemudahan ini dan butiran perbelanjaan adalah seperti berikut:

    BIL PBT LOKASI KOMPONEN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN JUMLAH PERBELANJAAN (RM)
    1. MBSA Taman Sukan Lasak (Extreme Park) Seksyen 13, Shah Alam ·         wall climbing,

    ·         boulder park,

    ·         gelanggang papan selaju,

    ·         gelanggang basikal BMX dan paintball.

    5,422,021.77
    2. MBPJ Kompleks Rakan Muda, Arena Petaling Jaya Skatepark 50,000
    3. MPSJ Laman Sukan USJ 1, Subang Jaya Skatepark 200,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.