Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

150) WIFI SELANGORKU

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selepas fasa pelaksanaan 2010-2013 melalui Geran Selangorku apakah status WIFI Selangorku?

    Pada tahun 2013 Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada rakyat negeri Selangor dengan menempatkan 112 lokasi di seluruh Selangor dengan memperuntukkan 2 lokasi di setiap DUN. Perkhidmatan ini menggunakan sepenuhnya peruntukkan Geran Selangorku sebanyak RM 2,747,959.86.

    Seperti   yang   sedia   maklum   Geran   Selangorku   tidak   lagi   membiayai   dan mengeluarkan dana untuk program-program seperti WiFi Selangorku ini.

  2. Adakah perancangan akan datang untuk menambah lagi lokasi di setiap DUN?

    Pada masa kini tiada penambahan lokasi WiFi Selangorku dibuat, cuma perubahan lokasi WiFi Selangorku telah dilaksanakan bagi meningkatkan lagi tahap penggunaan internet percuma ini kepada lokasi yang mempunyai tahap penggunaan yang tinggi.

  3. Jika ada, berapakah yang diperuntukkan bagi meneruskan WIFI percuma bagi 2014-2018?

    Namun begitu beberapa usaha sedang dijalankan dengan mengadakan perbincangan bersama pihak penyedia rangkaian internet bagi membolehkan perluasan capaian perkhidmatan internet ke seluruh negeri Selangor. Hasil perbincangan ini nanti akan di bentangkan di dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.