Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

141) PAPAN IKLAN “BILLBOARD” DAN PAPAN IKLAN DIGITAL

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah sebarang insiden keruntuhan "Billboard" yang telah berlaku di negeri Selangor?

    Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada PBT didapati dua (2) PBT iaitu MPK dan MPAJ pernah mengalami insiden keruntuhan billboard iaitu:

    MPK 2 insiden di kawasan pentadbiran Klang. Kedua-duanya terletak di atas tanah persendirian, struktur yang roboh tidak memasuki kawasan awam. Kedua-dua insiden di percayai berpunca dari angin dan hujan ribut
    MPAJ Terdapat 2 unit billboard jenis free standing di dalam kawasan Majlis yang roboh pada tahun 2008
  2. Apakah garis panduan untuk memastikan "Billboard" yang dipaparkan adalah selamat?

    Sebelum sebarang kelulusan pemasangan “billboard” dipertimbangkan untuk pembinaan di dalam kawasan pentadbiran PBT, syarat utama yang dikenakan kepada pihak operator ialah hendaklah melantik Jurutera Bertauliah bagi penyediaan / pengesahan pelan dan kekukuhan struktur yang akan dibina di tapak.

  3. Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula mengenai kesesuaian untuk membenarkan papan iklan digital dipasangkan di jalan raya?

    Makluman awal Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dalam perancangan untuk membuat kajian dari segi keselamatan paparan iklan digital kepada pemandu jalan raya. Kerajaan Negeri berpandangan untuk menunggu keputusan kajian tersebut sebelum tindakan selanjutnya di ambil.

Lampiran

Tiada Lampiran.