Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
139) PROJEK HORAS OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah sebenar kos pembiayaan Projek HORAS yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor?
Pembangunan HORAS ini akan dilaksanakan mengikut 2 fasa pembangunan seperti berikut:-
Fasa Pertama – HORAS 600 Fasa Kedua – HORAS 3000
HORAS 600 akan dibangunkan di kawasan bekas lombong di Kg Sungai Darah, Bestari Jaya, Daerah Kuala Selangor. Mengikut kajian yang telah dibuat, komponen utama yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan bagi tujuan melaksanakan projek HORAS 600 adalah:-
Kolam Takungan dengan keluasan 166 hektar hingga mencapai kedalaman 23.5 meter dari paras tanah bagi tujuan penyambungan kepada akuifer bawah tanah bagi mendapatkan kapasiti air sejumlah 600 JLH.
- Kerja-kerja pelindungan tebing kolam takungan menggunakan geo- textiles;
- Kerja-kerja pembaikan dan pelindungan sungai sejauh 3.8 km bagi tujuan menambah baik aliran sungai dengan kaedah melebar dan mendalamkan Sungai Selangor; dan
- Stesen mengepam air
Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor telah melantik Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk melaksanakan kerja-kerja pengorekan bagi tujuan pembinaan Kolam Takungan. Kerajaan Negeri Selangor tidak membayar KSSB bagi kerja-kerja pengorekan yang dibuat sebaliknya nilai kerja tersebut di kontra dengan jumlah pasir yang akan dijual oleh KSSB. Kerja-kerja pengorekan oleh KSSB telah bermula semenjak 15 Mac 2014 dan dijangka akan siap pada 30 September 2015.
Kos pembinaan bagi komponen-komponen lain di dalam pembangunan HORAS 600 ini hanya akan dapat ditentukan selepas tender bagi pelantikan kontraktor dimuktamadkan. Kerajaan Negeri Selangor akan melantik kontraktor-kontraktor bagi pembangunan HORAS 600 ini melalui kaedah tender terbuka dan dijangkakan tender tersebut akan dikeluarkan pada Januari 2015.
-
Berapakah kapasiti sebenar jumlah air mentah yang telah dihasilkan sejak pelaksanaan sistem ini?
Melalui kajian yang telah dibuat , dianggarkan jumlah air mentah yang boleh dihasilkan dari pembangunan HORAS 600 ini adalah sebanyak 500 – 600
Pada ketika ini, pembangunan HORAS 600 masih di peringkat kerja-kerja pengorekan bagi pembinaan kolam takungan. Kerja-kerja pengorekan tersebut telah dibuat oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) semenjak 15 Mac 2014.
Semasa Negeri Selangor berhadapan dengan krisis air berikutan dari penurunan paras Empangan Sungai Selangor (SSD) dan Empangan Sungai Tinggi (STD) akibat keadaan cuaca panas yang luar biasa ditambah dengan pengurangan kadar hujan yang ketara pada awal tahun 2014, salah satu usaha yang telah dibuat bagi meningkatkan paras SSD dan STD adalah melalui kaedah mengepam air dari beberapa kolam takungan yang ada di Bestari Jaya. Salah satu kolam tersebut adalah kolam takungan di bawah HORAS 600 yang sedang dibuat pengorekan oleh KSSB. Mengikut rekod, secara purata pada ketika ini, kolam HORAS 600 yang sedang direkabentuk ini telah dapat menyumbang sebanyak 160JLH.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meneruskan projek ini selepas Loji Langat 2 beroperasi?
Pembangunan HORAS 600 ini akan diteruskan walaupun Projek Loji Langat 2 telah Pembangunan HORAS 600 ini boleh dijadikan sebagai simpanan atau insuran bagi Kerajaan Negeri Selangor sekiranya berlaku insiden-insiden luar jangka ke atas Loji Langat 2 seperti pencemaran air mentah atau kerosakan peralatan atau perkakasan hingga menyebabkan air loji berkenaan tidak dapat membekalkan air.
Selain itu, melalui kajian “Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur And Putrajaya Water Supply System Augmentation Study” yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor mendapati beberapa kawasan di Negeri Selangor seperti utara Negeri Selangor, sebahagian kawasan Kelang, Pulau Indah serta pembangunan baru seperti Elmina dan KWASA Land tidak dimasukkan di dalam rangkaian
bekalan air di bawah Projek Langat 2. Pembangunan HORAS boleh dijadikan sebagai sumber bagi menampung permintaan kawasan-kawasan yang tidak dimasukkan di dalam perancangan pembangunan Langat 2.