Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

109) PROGRAM PENINGKATAN HASIL PADI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan akan meneruskan program peningkatan hasil padi

    Kerajaan akan meneruskan program peningkatan hasil padi melalui Program Pembangunan Tanaman Padi yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Selangor

  2. Apakah langkah-langkah untuk menambah baik program ini.

    Langkah-langkah menambahbaik program ini adalah:

     

    1.        Aktiviti meningkatkan hasil padi.

    Aktiviti peningkatan hasil padi akan diperhebatkan melalui pendekatan seperti berikut:

     

    1. Pengamalan Pakej Teknologi Padi

    Keutamaan kepada pengamalan teknologi ‘Rice Check’ dimana tumpuan diberi kepada :

    • Penggunaan transplanter dan benih CL bagi kawalan padi angin atau benih
    • Perataan tanah untuk penapakan dan pengurusan air sawah Pembajaan
    • Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)

     

    1. Perladangan Persis

    Membangun dan menilai teknologi pengurusan tanaman padi yang bersesuaian dan ke arah amalan pertanian baik. Kearah itu, data asas dan maklumat kesuburan tanah dikumpul dan dianalisa untuk mengetahui tahap kesuburan tanah pada masa tersebut dan aktiviti tanaman padi dipantau dengan menggunakan teknologi pertanian persis atau teknologi ’Remote Sensing’.

     

    1. Pengurusan Perosak Bersepadu

    Salah satu faktor yang mempengaruhi peningkatan hasil padi adalah pengurusan perosak dan penyakit tanaman padi. Keadaan ini memerlukan pemerhatian dan penumpuan khusus kepada pengurusan secara bersepadu perosak dan penyakit, terutamanya bila berlaku wabak (outbrake).

     

    2.      Automasi dan mekanisasi

    Aktiviti ini bertujuan mempromosi automasi dan mekanisasi serta aktiviti persawahan dengan memperluaskan penggunaan mesin dan jentera oleh pengusaha sawah. Mesin, jentera dan peralatan terkini berdasarkan perkembangan teknologi semasa yang sesuai akan diperolehi sebagai kaedah mempromosi penggunaan di kalangan pengusaha.

     

     

    3.    Pembangunan institusi petani

    Memperkasakan modal insan dan meningkatkan keupayaan R & D pegawai dan petani dalam sektor tanaman padi melalui latihan amali dan teori oleh pakar. Juga melalui kursus, hands-on, lawatan, seminar dan sesi kerja.

     

    4.    Pengurusan Berpusat Padi.

    Menggalakkan pesawah dalam satu kawasan atau blok untuk bergabung dan berfungsi sebagai satu unit pengeluaran supaya semua aktiviti berkaitan tanaman padi dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan. Serta menggalakkan penubuhan kumpulan-kumpulan pesawah yang mengamalkan Pertanian Lestari. Pesawah akan diberi insentif berdasarkan kecekapan pengurusan yang mematuhi 10 faktor penentu meningkatkan hasil padi, aktiviti-aktiviti pertanian lestari serta pensijilan Amalan Pertanian Baik (MyGAP).

  3. Berapa peruntukan disediakan untuk program ini

    Peruntukkan yang disediakan untuk program pada tahun 2014 ini adalah seperti berikut:

     

    Daerah Peruntukkan Pembangunan (RM) Peruntukkan Mengurus (RM)
    Sabak Bernam 151,489.00 1,253,205.00
    Kuala Selangor 80,000.00 925,425.00
    Jumlah 231,489.00 2,178,630.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.