Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
106) SEWA PETAK PASAR PAGI DAN MALAM SETIAP PBT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kutipan sewa petak pasar pagi dan malam tahun 2013 dan hingga kini di setiap PBT?
Jumlah kutipan sewa petak pasar pagi dan malam pada tahun 2013 adalah sebanyak RM9,738,515.80 dan sebanyak RM11,691,782.70 pada tahun 2014. Sila rujuk Lampiran 1.
LAMPIRAN 1
JUMLAH KUTIPAN SEWA PETAK PASAR PAGI DAN MALAM BAGI TAHUN 2013 HINGGA OKTOBER 2014
Bil.
PBT
Tahun 2013 Tahun 2014 Pasar Pagi (RM) Pasar Malam (RM)
Pasar Pagi (RM) Pasar Malam (RM) 1. MBSA 431,160.00 308,932.00 790,460.00 504,776.00 2.
MBPJ
2,335,314.50
2,325,171.50
MBPJ hanya mengenakan bayaran lesen petak RM208.00 setahun bagi satu petak
3. MPK 644,928.00 1,658,282.00 985,618.00 1,822,930.00 4. MPAJ Belum ambil alih 265,362.00 473,727.00 5. MPSJ 793,645.00 586,894.00 264,353.00 575,231.00 6. MPS 47,640.00 325,560.00 48,120.00 404,080.00 7. MPKj 502,395.50 671,752.00 1,131,915.00 635,651.20 8. MPSp 418,217.80 472,046.00 9. MDKL 429,565.00 343,978.00 10. MDHS 51,000.00 13,897.00 36,920.00 95,655.00 11. MDKS 106,394.00 385,639.00 86,449.00 326,666.00 12. MDSB 15,548.00 11,752.00 58,448.00 44,226.00 JUMLAH 9,738,515.80 11,691,782.70 **Sumber: Semua PBT Negeri Selangor
-
Adakah kerajaan negeri kaji semula untuk menurunkan kadar sewa petak setiap RM4?
Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengkaji semula kadar sewa tapak pasar sebanyak RM4.00 seperti yang telah diputuskan oleh MMKN pada tahun 2009 kerana kadar tersebut adalah minimum dan berpatutan di mana jumlah kutipan sewa tapak tersebut juga digunakan oleh PBT untuk menampung kos perbelanjaan pembersihan sampah termasuk kos air dan elektrik.
-
Jumlah perbelanjaan kutipan sampah digunakan?
Anggaran perbelanjaan kutipan sampah (Pasar Pagi dan Pasar Malam) bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM8,127,197.50. Sila rujuk jadual di Lampiran 2.
LAMPIRAN 2
PBT Perbelanjaan Kutipan Sampah (RM)
MBSA 372,132.00 MBPJ 2,325,171.50 MPK 1, 163, 640.00 MPAJ 418,309.12 MPSJ 1,260,689.28 MPS 846,228.00 MPKj 1,881,756.00.00 MPSp 336,000.00 MDKL 29,352.40 MDHS 205,920.00 MDKS 331,639.20 MDSB 120,000.00 Jumlah Keseluruhan 8,127,197.50 **Sumber: Semua PBT Negeri Selangor