Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
91) PENGURUSAN SAMPAH DI KAWASAN KAMPUNG
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk memberi peruntukan khas kepada Ketua-ketua Kampung untuk pengurusan sampah memandangkan perkara ini masih lagi tidak diatasi?
Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk memberi peruntukan khas kepada ketua- ketua kampung.
-
Apakah sudah ada mekanisma tertentu untuk pengurusan sampah di kampungkampung ? Jika ada, minta dinyatakan.
Ya, terdapat PBT yang menyediakan tong sampah di kawasan kampung- kampung yang berhampiran dengan jalan PBT. Tong sampah tersebut diletakkan di lokasi yang bersesuaian supaya lori sampah PBT dapat mengutipnya. Selain itu, ada kerja-kerja penyelenggaraan kawasan seperti di kawasan kampung telah distrukturkan contohnya MBSA telah melantik kontraktor bagi kerja kutipan sampah domestik melalui tender terbuka. Walau bagaimanapun, pengurusan sampah di kampung-kampung yang jauh daripada kawasan PBT diuruskan sendiri oleh penduduknya. Selain itu juga, ADUN digalakkan membuat program gotong royong bersama-sama Ahli Majlis, ketua kampung serta penduduk dengan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui PBT sebanyak RM10,000.00 kepada setiap ADUN bagi menerapkan kesedaran dalam persekitaran yang bersih. Antara contoh pelaksanaan program gotong royong yang telah dijalankan bertemakan “Terjah Denggi” di seluruh daerah Negeri Selangor pada 16 November 2014 lalu melibatkan kerjasama EXCO, Datuk Bandar/YDP, Pegawai Daerah, ADUN, Ahli Majlis dan penduduk.