Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
88) PERPUSTAKAAN AWAM SUNGAI BESAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kos operasi, kos penyelenggaraan dan gaji kakitangan yang bertugas di Perpustakaan Awam Sungai Besar?
Perpustakaan Awam Sungai Besar yang terletak didalam Kompleks Pejabat Daerah Sabak Bernam telah dibuka pada tahun 1977. Perpustakaan ini mempunyai seorang Penolong Pustakawan dan 5 orang kakitangan sokongan yang lain. Kos operasi Perpustakaan Sungai Besar adalah berjumlah RM 359,129.00 meliputi bayaran gaji dan emolumen berjumlah RM181,827.00, bayaran utiliti berjumlah RM61,910.00 dan bayaran penyelenggaraan berjumlah RM115,392.00
-
Apakah jenis-jenis koleksi buku dan bilakah kali terakhir pembelian buku dilakukan?
Perpustakaan Daerah Sungai Besar mempunyai koleksi bahan bacaan secara keseluruhanya yang meliputi koleksi rujukan dan pinjaman bagi kategori pengguna dewasa, remaja dan kanak-kanak berjumlah 48,883 naskah dan statistik penerimaan buku baru perbandingan dalam tempoh 3 tahun adalah sebagaimana berikut:
Koleksi 2012 2013 2014 (sehingga Oktorber)
Bahan baru koleksi rujukan dan pinjaman (dewasa, remaja dan kanak-kanak) 602 naskah
3,001 naskah
2,083 naskah
Jenis-jenis koleksi buku yang terdapat di perkhidmatan Daerah, seperti Perpustakaan Awam Sungai Besar, adalah sama seperti Perkhidmatan Ibu Pejabat Shah Alam dari segi perolehan dengan asas-asasnya sebagaimana berikut:
a) Koleksi Rujukan
Meliputi koleksi panduan dan rujukan serta penyelidikan kepada masyarakat seperti kamus, atlas, bibliografi, buku istilah, almanak, direktori, ensaiklopedia, manual, biografi, akta dan lain-lain. Meliputi semua bidang perkara dan lain-lain yang difikirkan munasabah oleh perpustakaan.
b) Koleksi pinjaman
Bahan monograf dari pelbagai subjek yang merupakan koleksi utama perpustakaan untuk pinjaman. Ianya terdiri daripada bahan bacaan ilmiah dan fiksyen meliputi kategori komputer, falsafah, agama, sains sosial, bahasa, mathematik, perubatan, kesenian, kesusasteraan, geografi dan sejarah.
c) Koleksi Selangor/tempatan
Merangkumi semua sumber perpustakaan mengenai negeri Selangor. Koleksi ini mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan Selangor atau maklumat berkaitan Daerah Sabak Bernam dan mempunyai nilai-nilai kebangsaan atau warisan negeri yang tinggi. Didapati dalam bentuk buku, majalah, artikel, keratan akhbar, laporan dan risalah.
d) Koleksi Peperiksaan
Terdiri daripada buku-buku rujukan UPSR, PMR, SPM, STPM yang terdapat dalam pelbagai subjek dan penerbit. Buku-buku ulangkaji ini khusus untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan.
-
Apakah program yang telah dijalankan untuk manfaat pengunjung dan penduduk sekitar perpustakaan ini?
Perpustakaan Awam Sungai Besar sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai program untuk menarik minat pengunjung dan penduduk sekitarnya. Jumlah keseluruhan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Januari 2014 hingga Oktober 2014 adalah sebanyak 639
Antara program yang dijalankan adalah:-
BIL PROGRAM 1 Kelas tuisyen berskala kecil yang melibatkan kanak-kanak masyarakat disekitar perpustakaan untuk subjek Bahasa Inggeris setiap hari sabtu. 2 Kelas pengajian Al Quran bersama masyarakat terutama golongan ibu/ surirumah 3 Program ‘Jom Baca 10 Minit‘antara program yang berkesan dalam memasyarakatkan perpustakaan. BIL PROGRAM 4 Aktiviti hujung minggu melibatkan sesi bercerita, buku kegemaran saya, origami, permainan dalaman dan sebagainya 5 Program musim cuti persekolahan seperti teknik pencarian bahan dan maklumat di perpustakaan 6 Pinjaman berkelompok untuk sekolah tadika dan menerima lawatan sambil belajar 7 Kempen keahlian dan mengedarkan pamphlet mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan di Karnival atau program anjuran Jabatan / masyarakat setempat dan ke sekolah- sekolah yang ada disekitar. 8 Kelas masakan yang melibatkan masyarakat setempat dengan kerjasama KEMAS sebagai salah satu cara mendekatkan masyakarat dengan perpustakaan. 9 Perpustakaan juga menyediakan ruang pameran mengikut tema tertentu serta Sudut Pertanian untuk memudahkan pengguna maklumat mengenai bidang pertanian. 10 Kemudahan melayari internet dengan kos penggunaan yang berpatutan di Pusat Siber Rakyat, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dengan dibantu oleh petugas. Ia juga memberi kemudahan kepada penjawat awam menggunakan HRMIS dan memcari bahan di perpustakaan menggunakan OPAC. 11 Pusat Siber Rakyat juga berfungsi sebagai Kelas berskala kecil untuk belajar komputer kepada pelajar dan masyarakat. 12 Gotong royong membersihkan perpustakaan yang melibatkan masyarakat setempat dan AJK Kampung. 13 Program-program Bacaan Yassin dan tahlil serta ceramah anjuran bersama jabatan-jabatan lain seperti SYABAS, Bomba, Polis disamping aktivtiti mingguan yang melibat kanak-kanak serta aktiviti Musim Cuti Sekolah juga akan lebih mengeratkan ukhuwah antara masyarakat dan perpustakaan. 14 Program latihan cegah kebakaran bersama Jabatan Bomba untuk kakitangan dan pengguna perpustakaan