Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
77) JABATAN TERNAKAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Lembu korban dua tahun berturut-turut kurus-kurus. Apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini?
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah dilantik sebagai pembekal lembu korban bagi tahun 2013 dan 2014 yang dilantik menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Bagi tahun 2014, jumlah lembu yang di bekalkan adalah sebanyak 763 ekor yang melibatkan 681 lokasi penghantaran. Pada Jun 2014, PKPS telah membeli lembu jenis “Brahman Cross” dengan anggaran berat minima 220 kg seekor dan dibesarkan/digemukkan dalam masa 3 bulan untuk mencapai berat badan 250 kg.
PKPS memohon maaf atas kekurangan dan kesulitan yang timbul akibat daripada beberapa ekor lembu yang tidak mencapai berat 250kg.
Oleh kerana kesesakan di kandang, terdapat beberapa ekor lembu ini tidak dapat makan secara sempurna dan menyebabkan berat minima 250 kg seekor tidak dapat dicapai. Semasa penghantaran, PKPS menerima beberapa aduan daripada penerima dan tindakan PKPS selepas menerima aduan adalah seperti berikut:
- Lembu yang cacat seperti patah kaki semasa proses menurunkan lembu telah diganti.
- Lembu yang kecil ditambah dengan seekor lagi lembu secara percuma
Bagi menangani masalah ini, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan oleh PKPS pada pembekalan yang akan datang:
- PKPS akan memastikan kesemua lembu yang dibekalkan adalah daripada jenis “Brahman Cross”. Lembu-lembu ini akan mula dibawa masuk pada bulan Mac 2015 dengan berat minima 230 kg seekor untuk proses pembesaran/penggemukan.
- PKPS akan membeli mesin penimbang dan akan menimbang setiap ekor lembu-lembu yang diterima sebelum digemukkan di dalam Ladang
- Pengasingan lembu antara lembu kecil dan lembu besar akan dilaksanakan terlebih
- PKPS akan menimbang sekali lagi setiap ekor lembu-lembu tersebut sebelum diagihkan kepada penerima dan berat lembu akan di “tagging” pada telinga lembu tersebut.
- PKPS akan mengundang wakil daripada Pejabat Menteri Besar atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menyaksikan proses penimbangan lembu tersebut dimana ianya akan dilaksanakan 4-5 hari sebelum penghantaran.
- PKPS akan melantik pakar pemakanan dan seorang Dr. Veterinar dalam memastikan pemakanan dan kesihatan lembu-lembu tersebut dipantau dengan baik.