Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

56) PROFAIL KEMISKINAN BANDAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah cukai tertunggak bagi tahun 2008 hingga 2014 mengikut PBT?

    Jumlah cukai taksiran tertunggak meningkat dengan purata 1% setiap tahun. Tunggakan cukai taksiran 12 PBT Negeri Selangor bagi tahun 2014 sehingga September adalah berjumlah RM 271 juta. Berikut jumlah tunggakan cukai taksiran dari tahun 2008 sehingga September 2014 mengikut PBT adalah Seperti berikut:

     

    PBT

    Tahun 2008

    (RM JUTA)

    Tahun 2009

    (RM JUTA)

    Tahun 2010

    (RM JUTA)

    Tahun 2011

    (RM JUTA)

    Tahun 2012

    (RM JUTA)

    Tahun 2013

    (RM JUTA)

    Sehingga September 2014

    (RM JUTA)

    MBSA 52.11 52.01 51.35 44.56 41.54 41.42 28.71
    MBPJ 42.49 41.76 43.64 45.07 43.20 37.59 21.25
    MPK 47.97 57.08 41.82 41.69 44.43 49.55 29.12
    MPAJ 25.92 30.26 34.28 33.03 38.54 43.68 32.94
    MPSJ 50.76 54.92 62.28 63.68 65.25 67.57 58.05
    MPS 28.25 23.07 19.51 34.76 30.51 28.74 19.01
    MPKj 33.74 36.78 39.58 39.72 41.77 42.89 34.73
    MPSp 22.81 20.44 20.41 22.76 23.43 24.01 19.30
    MDKS 6.91 9.20 11.92 14.48 12.17 7.81 3.38
    MDHS 28.55 23.32 23.73 23.55 22.20 23.75 17.12
    MDKL 8.62 10.31 10.08 8.31 7.07 9.01 5.90
    MDSB 1.54 1.94 1.92 2.30 2.23 2.13 1.72
    JUMLAH 349.72 361.15 360.57 373.97 372.39 378.21 271.29
  2. Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah cukai tertunggak?

    Kerajaan Negeri telah menetapkan dasar kutipan cukai semasa sebanyak 90% dan kutipan tunggakan cukai taksiran sebanyak 70% bagi semua PBT. Selain itu, PBT komited dalam memastikan tunggakan cukai dapat dikutip dengan strategi yang telah dilaksanakan seperti berikut:

    • Menjalankan “personal approach” bagi syarikat, pemaju dan individu yang mempunyai tunggakan yang
    • Mewujudkan Jawatankuasa / Task Force yang berfungsi untuk memantau prestasi kutipan dan isu-isu tunggakan cukai yang
    • Memberi kemudahan bayaran secara ansuran bagi menggalakkan bayaran tunggakan
    • Mempelbagaikan saluran bayaran melalui perkhidmatan bank secara
    • Menyediakan kaunter bergerak bagi mempermudah bayaran dengan lokasi yang
    • Memperkasakan operasi penyitaan harta secara berkala bagi individu atau syarikat yang tegar.

Lampiran

Tiada Lampiran.