Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
48) IKLIM PELABURAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah faktor-faktor yang mewujudkan iklim kondusif dan boleh menarik pelabur asing?
Berdasarkan kajian yang dillaksanakan oleh JACTIM & JETRO pada tahun 2013, antara faktor yang mewujudkan iklim kondusif dan boleh menarik pelabur mengikut keutamaan seperti berikut;-
- Faktor kestabilan politik – polisi pelabur yang
- Kebanyakan pekerja tempatan yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris memudahkan komunikasi dengan pihak
- Polisi pelaburan yang mesra pelabur
- Kemudahan infrastruktur
- Keselamatan
- Persekitaran kediaman yang selesa dan kemudahan pembelajaran bagi anak-anak
-
Sejauh manakah kesan pergolakan politik dan pertukaran Dato Menteri Besar terhadap pelaburan ini?
Secara dasarnya pergolakan politik tidak memberikan impak secara lansung kepada aktiviti pelaburan kerana walaupun berlaku pertukaran tampuk kepimpinan negeri, namun polisi pelaburan masih tetap sama dan tiada berlaku sebarang perubahan.
Dari segi pentadbiran pula tiada isu berbangkit kerana walaupun berlaku pertukaran, urusan-urusan pentadbiran masih berjalan seperti biasa.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui SSIC sentiasa mengadakan pertemuan dengan para pelabur yang melabur di Negeri Selangor bagi mendapatkan maklum balas serta membantu menyelesaikan isu yang berbangkit.